Ahad, 10 April 2016

Bagaimana nak tahu produk kita boleh jual ?




Anda kena buat test market dulu.

Cara mudah untuk test market di Facebook ialah, anda hanya perlu letakkan  gambar produk anda. 

Kemudian rangka ayat promosi yang TAK MENAMPAKKAN sangat anda menjual.

(ayat kelihatan lebih kepada survey).


kemudian postkan di wall fb dan group. 

Contoh ayat yang TAK MENJUAL: 



" Salam sahabat ku sekalian, saya nak tanya, saya nak beli produk nih, tapi kalau beli banyak dapat murah. 

Ada siapa yang nak beli dengan saya tak ? " 

Lihat berapa ramai orang respon dan berminat.

Jika dapat banyak respon dalam masa 24-48 jam maksudnya produk tu ada permintaan la tu..


Jadi anda boleh mula cari stok produk/penyedia dropship dan fokus betul2 promosikan produk tersebut.

Kalau anda nak tahu lebih detail lagi bagaimana lakukan test market ini, anda boleh lihat di sini





Dalam panduan tersebut, bukan sahaja teknik test market  ditunjukkan dengan detail.

Malahan penulis juga terangkan step-by-step bermula dari teknik mencari produk HOT hinggalah teknik hasilkan jualan. 


Insyaallah, ianya akan BANYAK MEMBANTU anda.


Lihat gambar di bawah : 








Kalau berminat saya syorkan pada anda untuk dapatkan PROSPYFB.

Khamis, 21 Januari 2016

Rezeki, Harta dan Kekayaan




Meskipun rezeki ada bermacam-macam bentuknya, tetapi rezeki kerap diertikan sebagai harta atau kekayaan.

Orang yang kaya, banyak harta, diertikan sebagai orang yang dikurnia rezeki yang banyak. Harta memang paling menonjol di antara bentuk-bentuk rezeki lainnya.


Harta atau kekayaan dalam Islam disebut al-Mal. Ia menjadi pokok pangkal segala kebaikan dan kebajikan, Walaupun ia juga boleh menjadi pokok pangkal bagi segala kejahatan, kemaksiatan dan kehinaan.

Dengan harta, orang mendapat kemuliaan dan mendapat melakukan hal-hal yang mulia: berbuat ihsan(kebaikan), memberikan pertolongan dan menghulurkan bantuan, mencapai, mencapai hajat dan keperluan, meringankan
penderitaan dan kesulitan orang sekeliling. Bahkan ia dapat meringankan penderitaan dan kesulitan makhluk yang lain selain manusia.


Dengan harta orang dapat berbuat hal-hal terpuji, seperti menyantuni orang lemah dan fakir miskin, melindungi anak yatim, mendirikan sekolah, membina pusat asuhan anak yatim, dan sebagainya. Bahkan dengannya, orang dapat berbuat kebajikan di bidang ekonomi; mempermudahkan hubungan dan melancarkan  pengangkutan serta bermacam-macam usaha yang mendatangkan  kemuliaan dan kemakmuran.


Akan tetapi sebaliknya, dengan harta pula orang dapat berlaku boros dan gila kemewahan yang berlebihan dan bukan pada tempatnya, orang dapat berlaku sombong dan ujub, bakhil, rakus, keji, kejam dan berbagai lagi yang membawa seseorang ke dalam jurang kebinasaan, kemiskinan dan kehinaan.


Orang yang berakal, berusaha mencari rezeki harta untuk dipergunakan pada usaha-usaha seperti di atas; berusaha mendidik dirinya dengan adab dan akhlak terpuji, yang melengkapinya dengan ilmu pengetahuan.


Semoga kita semua berusaha mendapatkan harta untuk kebaikan dan dapat memanfaatkannya di jalan yang diredhai Allah SWT.


Inshaa Allah.



Rabu, 20 Januari 2016

Kes menyamar staff maxis






Cerita semalam .... 



Semalam ... dalam pukul 5 petang ... aku dapat panggilan telefon dari maxis ...

Nak jadikan cerita ... kononnya maxis menyambut ulangtahun di KL ... so aku dapat cabutan bertuah ... dan dia nak bagi aku 7k ....

Cerita punya cerita .. dia nak no akaun aku dan nama penuh aku... jadi .. bila aku teliti slang dia .. dia bukan rakyat malaysia ... ... trus aku cakap tak nak ... tup2 .. trus dia letak phone ...

Aku bukan mudah tertipu ... lagipun ...pihak maxis selalu antar surat cinta kat aku... buat apa diorg nak call aku ... klu aku x puas hati ... aku pergi trus maxis centre

Nak pendekkan cerita ... aku malas nak layan org penipu nie ... kononnya dr pihak maxis ...ceh ... pigidah ... 

Ahad, 10 Januari 2016

Bacakan buku kepada anak?





Tips untuk besarkan anak jadi pandai adalah...

Bacakan buku pd mereka, walaupun mereka belum faham.

Ia akan cepatkan pemahaman 'bahasa' pada mereka.

Dan biasanya, ia akan membentuk minat membaca bila mereka lebih besar.

Membaca syarat utama menjadi anak yang pandai.

Semoga membantu.













Sabtu, 9 Januari 2016

FAKTA: Orang Malaysia Kurang ______________ 2016!




Anda rasa Fakta? atau Auta?

Iya orang Malaysia kurang membeli sekarang sahaja, malah dari 2014..

Itulah yang saya dengar dari dulu..

Betul ke?

Kalau kurang membeli, kenapa hutang kad kredit di Malaysia makin bertambah tinggi tiap tahun?

Apa maknanya?

Maknanya kuasa membeli mungkin kurang sedikit TAPI mereka diluar sana TETAP MEMBELI..

cuma
mereka lebih memilih..
mereka lebih bijak..
mereka lebih mengkaji..

Jadi TUGAS anda untuk sampai kepada mereka di saat yang TEPAT..di tempat yang TEPAT..

Macamana?

  • Hadir waktu mereka ingin membeli, jangan keluar di keyword kajian..keluar di keyword membeli. 
  • Keyword yang glamour mahal! so what?? keyword tu mahal mesti ada sebab antaranya mungkin keyword itu memang menjual. TAPI mestilah kaji dulu keyword tersebut. Jangan main guna membaby buta sahaja.
  • Dulu selepas 1 kajian, mereka terus beli. Kini selepas 2-3 kajian pun mungkin belum beli JIKA web anda tidak menjawab soalan mereka atau TIDAK tepat dengan kehendak mereka.
  • 70% pencari di Google melalui mobile akan terus buat panggilan telefon dari search result yang ada no telefon. Jadi? Masukkan no telefon.
  • 3 Top Paid atau 3 top ranking berbayar (Adwords), mendapat 41% klik dari keseluruhan klik pada page tersebut. KEJAR naikkan ranking setinggi mungkin.

*TIPS: Jangan kejar klik semata-mata, yang penting ialah mereka klik kerana mereka klik pada jawapan yang mereka betul-betul nak sahaja.

Contohnya anda jual produk kurus. Anda guna keyword "tips kuruskan badan" sedangkan dalam web anda tiada 1 tips kuruskan badan pun. Jadi jangan harap nak dapat conversion. Begitu juga kalau guna "ubat kurus"..

Jadi macamana?

Jika nak guna keyword "tips kuruskan badan" pastikan di permulaan web memang ada tips yang dikongsikan.



Rabu, 30 Disember 2015

3 Bisnes Online Boleh Buat BANYAK INCOME di 2016.



Saya pasti tahun depan anda nak hasilkan lebih banyak income dari bisnes online.


Saya ada 3 lubang bisnes onlineyang anda boleh lakukan untuk hasilkan income yang SANGAT BANYAK di 2016.


Nah, saya share...


PERTAMA: Bisnes Produk Digital


Ianya melibatkan penjualan ebook, video, webinar dan lain-lain.


KEDUA: Bisnes di Facebook


Facebook masih lagi merupakan platform jualan yang paling diminati.

Mana taknya, ianya cepat berikan result & income untuk bisnes mereka. Jadi, saya nak anda juga boleh hasilkan sesuatu dari bisnes di Facebook ini.


Setakat ni, saya tiada apa-apa panduan terkini tentang Facebook yang boleh saya berikan kepada anda. Tetapi saya REKEMEN anda ikuti teknik promosi terkini di Facebook DI SINI.


KETIGA: Affiliate Marketing

Ni model bisnes internet yang paling saya suka dan sesuai untuk beginner.

Apa yang saya lakukan adalah hanya promosi produk orang lain dan hasilkan komisyen yang lumayan.

Sejak 2012, saya berjinak-jinak dengan affiliate ni.

Buat masa ini, tiada panduan yang boleh saya rekemen kepada anda tetapi saya cadangkan anda belajar dari pengalaman orang lain.


Anda tengok sendiri dan belajar strategi top-top affiliate buat komisyen RM4-5angka sebulan.


The best way untuk anda belajar dari experience ini adalah  dengan join sendiri Cabaran Affiliate.


Untuk pengetahuan anda ... Fairuz Razak ada buka  sebuah cabaran affiliate yang akan berikan komisyen sehingga 50% - RM75/sales.


Kalau anda berminat nak sertai cabaran affiliate ini, anda boleh JOIN FB GROUP DI SINI.


Inilah peluang untuk anda "LEARN  & EARN" melalui experience.


Ok, moga-moga sedikit info yang saya berikan ini boleh bantu bisnes internet anda.





Sabtu, 26 Disember 2015

Alhamdulillah... urusan sekolah dah selesai

Alhamdulillah....

Buku sekolah rendah sudah beli .... urusan tadika pun dah selesai... kos semua sekali dalam RM300..

Baju, kasut dan beg ... memang x beli ... sebab yg lama masih elok lagi ... tinggal untuk sekolah agama sahaje .. untuk sekolah agama ..yuran + buku dalam RM110....


Syukur alhamdulillah .... nak kata duit cair tue .. x de lah .... dengan gaji suami aku dan pendapatan program affiliate ... memang cukup... segala2nya memang cukup.....

Alhamdulillah ....


Jumaat, 25 Disember 2015

21 tips mudahnya berniaga..

  1. Kenapa ramai usahawan gagal adalah disebabkan ATTITUDE (SIKAP) yang suka menyalahkan orang lain. Bagi mereka, Life is so Easy by blaming others.
  2. Kenapa ada orang yang berjaya & ada yang gagal. Ianya terletak kepada bagaimana mereka buat KEPUTUSAN.
  3. Tanda orang yang berjaya, mereka sentiasa BERSEDIA. Be Prepared. Ini kerana, kebarangkalian untuk berjaya adalah lebih tinggi jika kita bersedia.
  4. Jika seseorang itu buat sesuatu dengan bersungguh-sungguh, Insyaallah semua yang benda yang dia buat pasti bersungguh-sungguh. How you do anything, Is how you do Everything.
  5. Orang yang berjaya, hatinya luas. Bukan kecil yang suka sentap.
  6. Sebelum nak labur banyak wang dalam perniagaan, fokuskan untuk banyakkan pelanggan dahulu. Jangan terus buka wisma jika pelanggan masih sedikit. Ingat, fokus untuk ramaikan pelanggan dahulu.
  7. Orang yang berjaya, apabila mereka mulakan sesuatu, mereka akan akan lakukan dengan terbaik sehingga habis. Orang gagal pula sebaliknya.
  8. Orang yang berjaya, mereka pantas buat KEPUTUSAN, Serius dengan apa yang mereka buat & sentiasa berikan 100% komitmen.
  9. Untuk orang suka beli produk kita, kita perlu sukakan Allah terlebih dahulu. Cari keberkatan.
  10. Untuk jadi orang yang berjaya, perlu berkawan dengan orang yang lebih berjaya.
  11. Formula untuk berjaya, TUKAR kawan.
  12. Orang yang berjaya sikapnya berbeza. Mereka tak suka komplen. Mentaliti & kesabarannya pun berbeza.
  13. Orang berjaya pantas buat keputusan & tindakan. Mereka tak terhegeh-hegeh & mereka percaya terhadap apa yang mereka ingin lakukan.
  14. Orang berjaya sanggup labur duit untuk berjaya.
  15. Orang berjaya suka bina NETWORKING. Anda adalah siapa kawan anda. Untuk hidup berubah, Upgrade kawan anda. Copy successful person, you’ll be successful.
  16. Orang berjaya sudah buat keputusan awa untuk mereka berjaya.
  17. Orang berjaya tidak bertangguh. Fast action fast result. Now or Never. Bisnes adalah tentang kepantasan. It’s all about SPEED.
  18. Orang berjaya tidak hiraukan kutukan orang lain.
  19. Orang berjaya selalu FOKUS. Fokus 1 produk, fokus 1 masalah. Bisnes wujud sebab adanya masalah. Di mana ada masalah di situ ada peluang.
  20. Orang berjaya konsisten & persisten dalam apa yang mereka nak capai.
  21. Jika kita nak capai satu benda yang kita tak pernah capai, kita kena berani buat perkara yang kita tak pernah buat.




Jika diperhatikan, kebanyakan tips di atas adalah berkenaan dengan Attitude (sikap). Ini kerana untuk membina bisnes bukanlah suatu proses yang sukar jika dibandingkan dengan proses membina sikap untuk menjadi usahawan berjaya.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.



Jumaat, 11 Disember 2015

Jemputan jana side income RM20


Kawan saya ingin menjemput anda untuk jana komisen RM10 per jualan.

Tugas cukup mudah. Semudah copy dan paste sahaja kerana bahan promosi telah disediakan dan ianya proven sangat mudah dapat komisen..

Sila klik pautan dibawah :


Link tersebut menuju ke wall FB saudara hadiismail

PM beliau disana untuk join group khas guna kod ini ->> Jv 95