Rabu, 31 Disember 2014

Bantuan AMAL Mangsa Banjir!

Sepertimana yang dah kita baca di FB dan juga suratkhabar/TV, beberapa negeri di Malaysia telahpun dilanda banjir.

Tapi janganlah kita cepat menuding jari atau salahkan Tuhan di atas kejadian yang berlaku, sebaliknya marilah kita sama-sama usaha dan bantu sesama kita untuk meringankan beban mereka yang kesusahan.

Ambillah peluang ini untuk bantu mangsa banjir:

1) Jika anda ingin salurkan bantuan berupa pakaian atau barang keperluan, bolehlah hantar terus barang-barangnya kepada pusat bantuan banjir tempatan atau masjid-masjid terdekat.

2) Boleh hulurkan bantuan berupa wang tunai kepada mana-mana akaun bank pertubuhan yang menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir.



Selasa, 30 Disember 2014

Sabtu, 27 Disember 2014

tak happy?

Dulu saya fikir, bila banyak duit… maka saya akan happy.


Tapi saya jauh tersasar.

Sebenarnya, kita kena happy dulu, baru duit akan datang.

Kerana emosi kita menentukan tindakan kita.

Tindakan kita masa kita happy, tak sama tindakan kita masa kita murung.

Persoalannya? bagaimana nak happy?

Jawapannya… ada disebut dalam quran berkali-kali.
Jawapannya, adalah dengan bersyukur.

Bila kita bersyukur, bermaksud kita berterima kasih dan fokus pada apa yang ada sekarang:
  • Kita syukur yang anda masih ada tangan (sedangkan ramai orang tiada tangan)
  • Kita syukur yang anda melihat (sedangkan ramai orang buta)
  • Kita syukur yang anda masih ada gaji (ada orang terus hilang punca rezeki)

Bila kita appreciate apa yang kita ada, kita akan lupa pada apa yang kita tiada.

Jangan fokus pada tiada duit, tiada itu tiada ini.
Sedangkan sebenarnya kita sudah ada banyak benda, yang kita tak sedari.

Lepas bersyukur, anda akan happy.

Dan bila sudah happy, tindakan anda akan berlipat kali ganda lebih mampat.


Dan bermula di situlah, duit akan datang dengan lebih cepat.


Mungkin sebab gaji anda naik bila bos lebih suka anda.
Mungkin sebab bisnes anda makin kencang sebab lebih senyum pada customer.


Jangan pandang rendah pada ayat "Don't Worry, Be Happy!"




Isnin, 22 Disember 2014

Cerita aku hari ini

huhh..... diam x diam ... x lama lagi budak pun nak sekolah.....

Oleh kerana anak aku ada 5 orang n yang sekolah cuma 2 org ... jadi kena sediakan duit lebih cikit

MAcam manan nak cari duit lebih nie? ........

heheh ...program affiliate kan ada ... join saje ...

Yang penting kena ade network ... atau pun kawan2 dari media sosial .....


Aku nie ..surirumah sepenuh masa saja .....


Cam mana aku boleh terjebak ngan program affiliate ... kenapa x nak join program MLM atau jual aiskrim tau cendol depan umah?


Hehehe ... aku pun tak tau... tp yg pasti ... sebelum aku resign dr Audit Firm (kerania saje...bukan audit) aku memang dah pasang angan2 nak kerja dr rumah... Job pertama aku join .... jurutaip data pengklanan.... masa tue aku x tau ... lepas aku join ...baru aku tau... aku join program bodoh .... ntah ape2 job nie ...>>> adsbiz.web.com ...memang program nie program SCAM .....

Lepas tue aku ternampak iklan pasal jobdirumah.... jadi... sebelum aku join ....aku wat kajian dulu...bila dah hati terpikat ...baru aku join .... alhamdulillah .... banyak juga aku dapat komisyen...

DAri jobdirumah..aku join program dr Ashadee .. kemudian kpd Klikjer  dan akhir sekali dari Tim Infokerjaya ....utk program Tim Info Kerjaya ...aku blum berjaya lagi dpt komisyen....masih dalam pembelajaran lagi...



Kalau nak suruh aku join MLM .... memang aku x hingin .... Kalau jual aiskrim tue boleh lah ...tp...memang x menang tangan... tapi ... aku lebih selesa dgn program affiliate sahaja....


korang macam mana .... persiapan utk barang sekolah dah beli ke blum?


Hehehe ....kita dah siap pun .....27hb nie utk taklimat budak darjah satu utk sekolah rendah .... sekolah agama dah selesai ..... yuran n buku sekolah agama dah bayar pun ....RM106.20 huhuh

Buku sekolah rendah utk darjah satu dan darjah tiga blum lagi ..... kena sediakan dalam RM200 ....

Yuran van sekolah? hahaha .... x payah nak pakai van..... nak jimat duit.... ibunya kena hantar n ambil anak sekolah.....heheh.. aku kan surirumah sepenuh masa .... buat apa nak bazir duit nak upah van.... baik hantar sendiri ....baru puas hati....


Tue je lah.....

>>> Buat Duit dengan Affiliate






Selasa, 16 Disember 2014

Tip Untuk Mengoptimumkan Google Places Listing Anda

Proses untuk mendapat ranking yang tinggi untuk listing Google Places sememangnya mudah, namun anda perlu meluangkan sedikit masa dan anda juga perlu bersabar.

Disini saya ada 4 tip untuk membantu anda mengoptimumkan listing anda:

  1. Pertama sekali anda perlu memastikan bahawa anda mengisi setiap ruang kosong didalam borang listing Google Places. Dan pastikan juga anda mendapat keputusan 100% untuk permohonan anda itu. Dengan langkah ini sahaja anda sudah mendahului pesaing-pesaing anda yang tidak mengoptimumkan listing mereka.
  2. Penting! Pastikan anda memilih categori yang sesuai dengan perniagaan anda. Lakukan kajian terpeinci untuk mencari keyword yang sesuai dengan perniagaan anda. Cari sekurang-kurangnya 3-4 keyword yang benar-benar relevan dengan bisnes anda.
  3. Listing anda haruslah dimasukkan juga didalam beberapa direktori online seperti Yelp, Bing, Yahoo dan Hotfrog.
  4. Akhir sekali, dapatkan sebanyak mungkin review tentang perniagaan anda didalam Google Places. Lebih banyak review yang anda terima, lebih tinggi ranking listing anda dari masa ke semasa.

Namun jika anda inginkan rujukan yang lebih mudah, dapatkan Juara SEO Lokal segera. Ini kerana kursus ini bukan sahaja mengandungi siri video langkah demi langkah yang mudah difahami dan diikuti, namun ia juga mempunyai pelbagai strategi yang lebih advance bagi memastikan listing tidak dapat di cabar oleh mana-mana pesaing anda.


Ramai sudah usahawan-usahawan diluar sana yang memiliki kursus ini dan mereka juga telah memberikan testimoni yang positif tentang kebaikan kursus ini untuk perniagaan mereka. Oleh itu, ini adalah pelaburan yang kecil berbanding dengan keuntungan berganda apabila anda mula menggunakan teknik-teknik yang diajarkan didalam kursus ini.

Selasa, 25 November 2014

"RENUNGAN MASA TUA"


1. Sisα hίdυρ semakin pendek:
  • yg boleh kita makan, makanlah;
  • yg boleh kita pakai, pakailah;
  • yg Ingin kita beli, belilah;
  • kalau masih mampu memberi, berilah;
  • masih mampu berbagi, berbagilah.
Kerana semua yg ada tidak boleh kita bawa ke kubur. Jangan khuatir dgn ahli waris, Allah yg akan mengatur rezeki selagi mereka berusaha. 
Nikmatilah hίdυρ ini dgn pasangan kita selagi masih ada.

2. Sehari berlalu, umur berkurang sehari. Bila kita lewati hari ini dgn berbahagia, kita sangat beruntung, berbuat baiklah & selalu mengucap syukur, kerana kita tdk tahu bila kita akan dipanggil 'pergi'.

3. Waktu cepat berlalu, hidup itu sangat singkat dan susah. Dalam sekejap kita memasuki masa tua, itu PASTI !

4. Bila membandingkan ke atas, kita akan selalu merasa kurang; membandingkan ke bawah, kita merasa lebih; bila kita mampu merasa cukup dan mensyukuri apa yang kita punya, kita pasti bahagia. 

Bersyukurlah dengan apa yg kita ada. Manfaatkan ia sebaiknya.

5. Harta, kekayaan, pangkat, kedudukan, kehormatan --- semua itu hanyalah sementara, hanya pinjaman. 

Yang terbaik dan terpenting adalah Perilaku Yg Baik, sentiasa membantu orang, tidak berbuat hal2 tercela, mengawal diri. 

Jangan menyakiti hati orang lain kerana karma itu ada... dan yang terpenting melatih diri agar selalu sihat zahir dan batin. 

Ini kerana KESIHATAN adalah KEKAYAAN kita dan modal utama menikmati kebahagiaan hίdυρ ini.

6. Kasih ibubapa kepada anak2 tidak ada batasnya !!!. Kasih anak2 terhadap ibubapa jelas batasnya.  

Sedarlah! tatkala anak sakit, hati ibubapa terhiris; 
tapi tatkala ibubapa sakit, anak cuma menengok dan bertanya2 ala kadar...
Anak2 memakai wang orang tua sudah seperti keharusan, 
tetapi orang tua memakai wang anak semacam pasti tidak berlaku!!! 
Oleh itu CUKUPILAH diri sendiri dan berikanlah pada anak seBIJAKSANA mungkin.

7. Rumah ibubapa adalah rumah anak, tetapi rumah anak belum tentu jadi rumah ibubapanya. Ibubapa selalu memberikan anak2 tanpa batas... tetapi tidak semua anak akan berbakti kepada ibu bapa. SELAMAT MENITI HARI TUA 

Aku berdoa..... 
Muliakanlah yang membaca pesan ini
Lapangkanlah hatinya
Bahagiakanlah keluarganya, dan 
Luaskan rezekinya seluas lautan yang engkau ciptakan
Mudahkan segala urusannya 
Kabulkan cita-citanya 
Jauhkan dari segala Penyakit, Fitnah, Prasangka 
Keji, Berkata Kasar, dan Mungkar 
Jauhkan dari segala Musibah 
Serta terimalah semua amal ibadahnya, dan 
Kelak jadikanlah dia sebagai penghuni Surga-MU.

Kirim ke semua orang dalam contact. Doakan mereka, dan mudah²an doa kita dikabulkan

kirimkan semula doa ini agar kita sentiasa saling mendoakan.


Selasa, 18 November 2014

50 Tip Ajak Papa Bantu Mama

Persoalan ‘bolehkah suami saya buat kerja-kerja rumah’, mungkin sering bermain di minda golongan wanita bergelar Mama. Jangan risau! Papa mesti boleh.

Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul Kadang kala dalam perkahwinan ini, ada segelintir suami agak sukar untuk membantu isterinya melakukan kerja-kerja rumah termasuk menguruskan anak-anak. Namun hakikatnya tujuan perkahwinan adalah untuk mencapai ketenangan hidup. Jadi untuk mencapai hasrat itu mestilah dalam perhubungan suami isteri itu ada unsur kasih sayang dan tolong menolong.

Dalam Surah al-Rum ayat 21, Allah berfirman. Dan di antara tanda-tanda (kebesaran) Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir.

Menurut Mantan Penolong Kanan Kolej Islam Sultan Alam Shah Klang, Ustazah Datin Hajah Aminah Haji Zakaria yang merujuk kepada suruh al-Rum ayat 21 bahawa, perkahwinan itu akan menimbulkan rasa tenteram dan kasih sayang kepada pasangan masing-masing yang mana seterusnya akan mewujudkan sifat-sifat lain iaitu tolong menolong, menghargai, kemesraan, hubungan yang ikhlas dan pelbagai lagi sikap yang postif dalam berumahtangga.

Justeru, dalam memastikan nur dalam rumah tangga itu, suami isteri mesti tahu tanggungjawab masing-masing. Bagaimanapun, oleh kerana ada segelintir suami yang berfikiran bahawa kerja-kerja rumah dan menguruskan anak adalah tugas wanita, maka rumah tangga itu bakal mengundang konflik.

Ikuti panduan ini supaya urusan menguruskan rumah tangga menjadi satu tanggungjawab bersama :


  1. Tunjuk ajar. Isteri kena tunjuk ajar suami bagaimana untuk melakukan kerja rumah. Mungkin cara untuk melipat baju, menukar lampin bayi dan memasak makanan kegemaran anda.
  2. Kata-kata manis. Sentiasa memuji kecemerlangan suami membantu anda melakukan kerja rumah.
  3. Pakar psikologi mengatakan bahawa pelukan akan memberikan ketenangan jiwa kepada pasangan. Buat kejutan dengan memeluknya semasa dia asyik melakukan kerja rumah.
  4. Nasihat. Pastinya sukar untuk menyuruh suami membantu. Beritahu kepadanya anda perlu bantuannya untuk menguruskannya rumah tangga tambahan pula anda juga seorang ibu yang bekerja.
  5. Merajuk ‘manja’. Tidak salah jika sekali-sekala anda merajuk dengan sikapnya yang tidak mahu membantu. Dengan perubahan sikap anda, dia mungkin akan berubah dan mengakui kelemahannya itu.
  6. Pujukan dengan bijaksana. Lakukan dengan pujukan untuk meminta bantuannya. Dengan cara ini dia akan turut sama membantu mengemas rumah.
  7. Elakkan penggunaan ayat perintah atau arahan. Oleh kerana mereka ini digelar ketua keluarga pastinya tercabar jika si isteri memberi arahan seperti, “Abang, jemur pakaian ni!”, sebaliknya katalah, “Abang, boleh tolong jemur pakaian ni?”
  8. Panggilan manja dengan panggilan ‘abang’ dan sebagainya yang menambah kemesraan dan kasih sayang. Pastinya hatinya berbunga-bunga dan sedia membantu anda.
  9. Raikan. Hakikatnya manusia memang suka dirinya dihargai. Tidak salah jika anda membelikan hadiah istimewa atau belanja makan sempena meraikan kejayaannya membantu anda menjaga anak-anak semasa anda ‘out station’ atas urusan kerja.
  10. Minat bersama. Jika anda menghargainya, cuba untuk meminati hobi suami anda. Jika dia suka menonton perlawanan bola sepak, anda juga perlu menunjukkan minat. Begitu juga halnya dengan suaminya yang terpaksa belajar menguruskan rumah demi isteri tersayang.
  11. Urutan kasih sayang. Pastinya suami suka setelah membantu isterinya membuat kerja rumah, ada pula urutan manja daripada isterinya.
  12. Senyuman. Isyarat tubuh seperti senyuman boleh diberikan kepada suami semasa dia membantu anda. Senyuman ini tanda sebagai anda menghargai pertolongannya.
  13. Cantik dipandang mata. Katakan kepada suami dalam bentuk jenaka bahawa anda kini mempunyai masa untuk ke spa dan berhias kerana suami membantu anda meringankan kerja rumah.
  14. Anak kecil. Beritahu kepada suami, anda tidak sempat mengemas rumah yang bersepah kerana menguruskan anak kecil. Anda perlukan bantuannya untuk melakukan kerja-kerja itu.
  15. Bukan ‘superwoman’. Anda kepenatan dan sebagai ibu bekerjaya, anda tidak dapat melakukan semua kerja tanpa bantuan suami. Katakan kepadanya anda bukan ‘superwoman’ dan anda perlukan ‘superman’ untuk membantu. Pastinya suami anda tersenyum dengan kata-kata anda.
  16. Berkongsi cerita. Tentu ada segelintir suami yang sukar untuk menerima hakikat dia mesti membantu isterinya memasak, menyapu, membuang sampah dan menyidai pakaian diampaian. Jadi, cubalah ceritakan tentang suami kawan anda yang membantu isterinya. Mungkin cara ini membuatkan dia cuba memberikan yang terbaik buat isteri tersayang. Namun awas, usah terlalu kerap membuat perbandingan kerana ramai lelaki yang tidak gemar diri mereka dibandingkan dengan orang lain!
  17. Ketawa bersama setelah penat melakukan tugasan rumah. Pastinya anda dan suami lebih harmoni dalam suasana ini.
  18. Luah rasa tidak puas hati. Jika selama ini suami tidak pernah mengambil peduli urusan menjaga anak seperti bangun malam menukar lampin, buat susu dan anak demam. Anda pula hanya memendam rasa. Tidak salah untuk anda meluahkan rasa tidak puas hati itu kepadanya. Sebagai isteri anda ada hak. Mungkin selepas itu suami baru sedar akan kesilapannya itu.
  19. Baca buku mengenai tanggungjawab dalam perkahwinan. Ajak suami untuk membacanya. Mungkin dia sudah lupa akan tanggungjawab itu. Ia membuatkan suami berfikir untuk berubah.
  20. ‘Refresh!’. Inilah masa untuk anda dan suami mengingati detik-detik bahagia di alam percintaan dulu. Susah senang akan diharungi bersama.
  21. Time out! Wujudkan had masa untuk anda melakukan kerja rumah dan selebihnya untuk suami melakukannya pula. Anda juga perlu mendapat rehat yang cukup.
  22. Buat kejutan dengan memberikan topi chef yang dibeli oleh anda. Pasti suami ketawa apabila melihat gelagat anda yang bersungguh-sungguh untuk mengajarnya memasak.
  23. Lakukan aktiviti bersama. Bukan semua lelaki dilahirkan untuk melakukan kerja-kerja rumah. Jadi tidak salah untuk anda raikan dia dengan melakukan pekara yang disukainya pada hujung minggu.
  24. Sikap tolong menolong. Lazimnya alasan yang diberi oleh suami ialah mereka penjana kewangan keluarga. Jadi sikap itu membuatkan mereka lupa konsep tolong menolong dalam rumah tangga. Cuba minta suami untuk menolong anda. Ia sikap yang mulia.
  25. Setiap kali suami membantu anda, jangan lupa ucapkan ‘terima kasih’. Wajah anda yang ‘muncung’ tadi pasti bertukar senyum!
  26. Sediakan sarapan bersama. Hujung minggu adalah waktu santai untuk anda bersama suami. Ajak dia membantu anda di dapur untuk menghidangkan sarapan yang ringkas.
  27. Persediaan. Kadangkala, anak kecil anda bangun malam untuk minum susu formula. Jadi, sediakan kelengkapan penyusuan di tempat yang mudah dicapai oleh suami anda. Orang lelaki akan lebih mudah membantu jika kita sediakan kelengkapannya!
  28. Hari kebersihan. Inilah cara mudah untuk membersihkan rumah bersama suami. Sesuai dilakukan pada hujung minggu.
  29. Jadual tugas. Pembahagian kerja akan lebih jelas jika ada jadual. Libatkan juga anak-anak anda agar mereka dapat belajar erti bantu membantu, tanggungjawab dan kasih sayang.
  30. Isu pakaian kotor. Sediakan bakul khas untuk menempatkan pakaian kotor dan maklumkan kepada suami anda. Ini akan memudahkan suami mengambil pakaian tersebut untuk di basuh dengan menggunakan mesin.
  31. Ruang baju. Pakaian yang dibasuh banyak dan anda tidak mempunyai masa untuk melipatnya. Inilah masanya pertolongan suami diperlukan. Jadi sediakan ruang khas untuk memudahkan suami menyangkut pakaian yang telah kering.
  32. Sesekali tulis nota kepada suami untuk memberitahu perasaan gembira anda. Anda boleh menampal nota itu di peti sejuk, cermin wardrobe, bilik air, bilik tidur dan ruang-ruang lain. Cara ini membuat hatinya tersentuh apabila membaca nota kegembiraan anda dengan pertolongannya membuat kerja rumah.
  33. Ke pasar bersama. Bawa dia ke pasar untuk membeli barang-barang masakan. Cara ini membuatkan dia berfikir bahawa tugas isteri bukan hanya di dalam rumah sahaja sebaliknya di luar juga.
  34. Rutin. Memang nampak ‘kejam’ membiarkan suami melakukan kerja-kerja rumah secara rutin. Tetapi inilah terbaik untuk mengajak suami membantu anda.
  35. Jangan ambil kesempatan. Jika anda sudah selesai melakukan kerja rumah, tidak salah untuk anda membantunya. Secara tersiratnya, tiada konsep ‘berkira’ dalam berumah tangga.
  36. Ambil tugas suami. Sekali sekala anda boleh ‘membeli jiwa’ suami di hujung minggu untuk membasuh keretanya. Pasti dia gembira dengan cara anda itu.
  37. Kelengkapan kerja suami. Memang benar anda sibuk tetapi jangan abaikan keperluan suami anda misalnya menggosok baju kerjanya, menyediakan sarung kaki dan tali lehernya.
  38. Sarapan pagi. Tidur lewat disebabkan anak kecil yang masih menyusu badan bukan alasan untuk anda tidak kesempatan membuat sarapan pagi sebelum suami pergi bekerja. Biar ringkas tetapi sarapan pagi tetap terhidang di meja untuk suami tercinta.
  39. SMS kepada suami dengan kata-kata romantis supaya perhubungan lebih erat walaupun sibuk dengan tugsan harian.
  40. Senda gurau. Masing-masing pulang ke rumah setelah seharian di tempat kerja. Di rumah pula ada rutin kerja rumah yang perlu diuruskan. Jangan ‘stress’. Cubalah bersenda gurau semasa melakukan kerja rumah itu.
  41. ‘Fun’ bersama anak. Ajak anak membantu ayahnya melakukan kerja rumah dalam keseronokan. Cara ‘fun’ ini sudah pasti membuatkan suami tidak merasakan ia bukan satu beban tetapi satu kewajipan.
  42. Pasangkan muzik. Sambil melakukan kerja rumah, suami anda sudah tentu tidak bosan kerana dihiburkan dengan muzik kesukaannya.
  43. Emosi. Jangan terlalu beremosi apabila suami tidak mahu membantu anda. Mungkin dia mengambil masa untuk melakulam perubahan dalam dirinya.
  44. Komunikasi. Ia adalah satu cara yang ‘solid’ dan bagus untuk mengekalkan keharmonian rumah tangga. Sentiasa berbincang mengenai kelebihan dan kelemahan masing-masing. Jika ada cuba untuk berubah.
  45. Ihklas. Memang bertuah jika suami membantu anda walaupun semasa kedatangan ibu dan ayah mentua atau ibu bapanya sendiri.
  46. Beri suami ruang. Sebagai isteri, anda perlu faham bahawa suami adalah individu berlainan dengan anda. Dia mempunyai ibu bapa dan kawan-kawan dalam hidupnya. Berikan dia ruang masa untuk melakukan aktiviti bersama mereka itu. Dengan ini, dia tetap mempunyai masa itu walaupun membantu anda di rumah.
  47. Membebel. Sesekali anda boleh membebel kerana sedikit sebanyak dapat meluahkan ketidakpuasan hati tetapi jangan keterlaluan sehingga menimbulkan kebosanan suami! Ingat, sikap ini tidak digemari para lelaki!
  48. Balik awal ke rumah. Dengan ini anda dan suami dapat melakukan kerja rumah dengan cepat. Malah masa untuk berehat pula lebih lama.
  49. Wangian. Pastikan ruang tamu disediakan aroma terapi yang mendamaikan. Ia membuatkan minda anda dan suami lebih ‘rileks’ setelah penat seharian menguruskan rumah tangga.
  50. Gembira di tempat tidur. Apabila suami banyak membantu anda, seharusnya anda memberi mereka ‘hadiah’ dengan menjaga hubungan intim dengan baik.



Ahad, 16 November 2014

Mastercard Promo

Lazada Malaysia

Dapatkan Ilmu Kewangan Peribadi Sekarang (CEPAT)

Sekian lama rahsia kekayaan kewangan ini disimpan dan diamalkan oleh mereka yang kaya raya sahaja.



Kini, Khairulnahar a.k.a Thinkerich, dengan beraninya mendedahkan apa yang perlu anda lakukan untuk merancang dan mengurus kewangan dan pendapatan andauntuk hidup bahagia, kaya dan selesa!

Cuma anda perlu bertindak sekarang juga.


Lawati laman web di bawah dan dapatkan Ebook Kewangan Peribadi jika anda tidak mahu kekal hidup miskin dan bergelut dengan masalah kewangan yang berpanjangan.





Dengan pendedahan rahsia dan teknik kewangan yang menyentuh kewangan anda secara menyeluruh ini, saya yakin anda akan berasa amat berpuas hati apabila memilikinya!



Jumaat, 14 November 2014

Tip Penjagaan Rambut Keriting

Comelnya kalau anak perempuan berambut keriting, kadang kala nampak macam anak patung. Namun kalau dibiarkan mengerbang, memang akan berserabut jadinya. Jadi, jika anda mempunyai anak yang berambut keriting tidak kira lelaki atau perempuan, ketahui cara penjagaan rambut jenis ini.

Jika rambut lurus, anda boleh menyikat rambut mereka menggunakan sikat biasa tetapi bagi anak berambut keriting, elakkan penggunaan sikat jenis berus. Sebaiknya gunakan sikat bergigi jarang untuk menyikat rambut keritingnya agar tidak merosakkan tekstur rambut si kecil.

Dalam soal mencuci rambut jenis keriting, anda disarankan sebaiknya mencuci rambut anak sebanyak dua hari sekali. Mencuci setiap hari akan membuatkan keadaan rambut dan kulit kepala si kecil lebih cepat kering. Tetapi, pastikan anda mencuci rambutnya dengan betul memandangkan kanak-kanak cepat berpeluh kerana keaktifan mereka bermain.

Jangan lupa menggunakan pelembut rambut khas untuk rambut kanak-kanak. Menjaga rambut keriting supaya tetap lembap sangat penting untuk mencegah rambut susah diurus dan menjadi kasar. Selepas mencuci rambutnya, biarkan ia kering secara semula jadi tanpa penggunaan alat pengering rambut.

Mungkin ada dalam kalangan anda suka memotong sendiri rambut anak. Namun, sekiranya anak anda berambut keriting, sebaiknya biarkan rambutnya dipotong oleh mereka yang pakar di salon rambut. Ini kerana rambut keriting memerlukan penelitian khusus daripada mereka yang pakar.

Sabtu, 8 November 2014

Harga Minyak Naik 20sen Seliter, Apa Nak Buat? Tolong Baca!

Sebagai rakyat biasa, kita kena terima apa sahaja yang ditetapkan oleh kerajaan. Yang pasti kos akan meningkat. Yang bekerja, perlu cari jalan untuk menambah pendapatan dan mengurangkan perbelanjaan.


Ada 2 jalan sahaja...

1. Tambah Pendapatan
2. Kurangkan Perbelanjaan

Bila berlaku kenaikan sebegini, kos lain akan berlaku peningkatan. 

Langkah pertama sebelum ini ialah untuk mengurangkan kos perbelanjaan ialah memotong apa yang patut dan membeli secara borong. Harga borong biasanya lebih murah jika dibeli secara sedikit.

Contohnya tepung high protein, jika dibeli 1kg harganya adalah RM3.50 jika dibeli secara borong, harganya ialah RM60 bagi 25kg. Jadi harganya kini RM2.40 per kg. Ia perbezaan RM1.10. Jauh bezanya tu.

Jumaat, 7 November 2014

GILA HUTANG




A : Saya dah rasa nak gila, sebab tak dapat pinjaman, saya cuma nak tolong kedua orang tua saya

B : Kenapa tak dapat pinjaman?


A : Sebab saya kerja swasta.

B : Tak ada ilmu sebab tu susah dapat pinjaman.

A : Mungkin juga

B : Ada baca buku saya pasal pinjaman?

C : Krik krik krik



 Ebook Teknik Mudah Hapus Hutang merupakan sebuah panduan yang ringkas dan padat dengan teknik mudah langkah demi langkah ditunjukkan bagi membantu sesiapa sahaja yang sedang berdepan dengan masalah hutang!

Sekiranya anda menguasai strategi pengurusan hutang yang dinyatakan dalam ebook ini, anda bukan sahaja mampu menjimatkan ratusan RM malahan dapat mengelakkan diri anda daripada terlalu banyak membayar faedah kepada pihak lain. Sudah tentu ianya dapat membantu menjimatkan wang anda dan pada masa sama ianya lebih menguntungkan kedudukan kewangan anda! http://www.PanduanBebasHutang.com

Selasa, 28 Oktober 2014

Petua - Penyelesaian Masalah Vena Varikos atau Urat Simpul

Masalah vena varikos (urat simpul) atau varicose vein menyerang ramai wanita mengandung. Vena varikos berlaku apabila vena (salur darah yang membawa balik darah kurang beroksigen dari bahagian badan yang lain ke jantung dan paru-paru) menjadi tebal dan membesar.

Disebabkan pembesaran tersebut, ia kelihatan membiru atau ungu serta berpintal dan akan terkelular sedikit dari bahagian kulit seakan menggelembung. Vena mempunyai pintu injap kecil untuk mengelak darah daripada mengalir secara terbalik.

Otot kaki akan mengepam vena untuk menghantar darah ke jantung, melawan kesan graviti. Apabila vena menjadi varikos, pintu injap tidak lagi berfungsi dengan betul dan injap tidak bekerja. Ini menyebabkan darah bergerak pada arah yang songsang dan vena membesar lebih daripada biasa.

Vena varikos biasa berlaku pada vena bahagian kaki disebabkan tekanan ketika berdiri. Kadang kala masalah ini boleh berlaku di bahagian lain seperti vagina tetapi ia jarang berlaku.

Walaupun masalah ini kerap menyerang golongan wanita hamil tetapi wanita normal dan lelaki tidak terkecuali. Ketika mengandung, pertambahan hormone progestron menjadikan vena berkeadaan lega (injap terbuka) mengundang masalah vena varikos selain pembesaran uterus secara semula jadi menekan vena.

Jenis pekerjaan seseorang juga mempengaruhi risiko mendapat serangan vena varikos seperti mereka yang berdiri terlalu lama ketika bekerja iaitu jururawat, pelayan restoran, guru dan sebagainya. Bahkan wanita hamil yang mengalami masalah berat badan berlebihan juga terdedah menderita sakit urat simpul akibat kaki terpaksa menampung beart badan yang berlebihan.

Mereka yang mengalami masalah vena varikos akan berasa sakit dan tidak selesa di bahagian kaki dan tidak boleh berjalan jauh. Pesakit berkemungkinan mengalami kekejangan pada waktu malam dan lebih teruk ada yang mengalami gatal-gatal pada kulit.
Oleh itu bagi ibu hamil yang mengalami masalah vena varikos anda perlu melakukan perkara berikut sebagai salah satu penyelesaian mengurangkan kesakitan.

Banyak berehat

Jika terlalu aktif, banyak berdiri dan berjalan kaki ia akan hanya memburukkan lagi keadaan vena varikos yang dialami. Sebaliknya banyakkan berehat dan jika perlu berjalan, lakukan ia secara perlahan dan tidak boleh berjalan jauh.

Pakai kasut rata

Jangan bermimpi untuk terus tampil dengan kasut tumit tinggi anda seperti ketika belum hamil. Utamakan keselamatan dan kesihatan diri berbanding penampilan. Pemakaian kasut tumit tinggi hanya akan menyebabkan vena varikos semakin teruk. Sebaiknya pakai kasut rata sepanjang kehamilan bagi mengelakkan kesakitan pada diri sendiri.

Tinggikan kaki ketika tidur

Cara ini membantu melancarkan aliran darah selepas seharian berjalan kaki. Letakkan bantal di bawah kaki sehingga posisi kaki lebih tinggi ketika tidur. Ia membantu pembuluh darah tidak menggunakan tenaga yang lebih untuk naik.


Jumaat, 24 Oktober 2014

Pendek Sahaja

Mungkin inilah, kekayaan yang tak ramai orang ada!

Salam hormat;
  • Kalau kita tak cukup duit, kita buat kerja part time
  • Kalau kita tak cukup duit, kita buat bisnes tepi
  • Kalau kita tak cukup duit, kita tambah ilmu, untuk tambah duit
Betul kan?

Tapi,
  • kalau kita tak cukup amalan, bukan kah patut kita banyak baca Al-Quran?
  • kalau kita tak cukup amalan, bukan kah patut kita banyakkan zikir?
  • kalau kita tak cukup amalan, bukan kah patut kita... tingkatkan amalan?

Ini ilmu yang saya dapat pagi tadi.
Kata Ustaz, dunia itu jambatan akhirat.

Kata Ustaz juga, apa kita sedia kat dunia, itu yang kita dapat kat akhirat.

Mungkin anda anggap saya membebel. huhu...

Tapi, saya hormat anda, saya sayang anda.
Saya nak berusaha mendapat tempat terbaik di akhirat nanti.
Dan saya pun, nak ajak anda ke tempat terbaik di sana nanti.

Itu pasal, saya tulis artikel ini.
Tiada sebarang jualan.
Hanya satu mesej sahaja.



Jom jadi yang terbaik !

Terbaik dunia dan akhirat!


Insya Allah.

Semoga Allah permudahkan urusan kita.
Saya tak sempurna, walaupun maksud nama saya ialah sempurna.
Saya mohon ampun dan maaf sebab tersalah tulis.
Saya minta maaf sangat-sangat.



Jumaat, 17 Oktober 2014

Kalau you marah...apa yang you akan buat?

"I ada pengakuan nak buat ni" Bf Maira, abang Muthalib tiba-tiba bukak cerita masa call Maira tadi. Maira diam, cuak, semua ada.

"Kalau u nak tau, I kalau marahkan you, I akan taip sms panjang-panjang, I maki mencarut dekat you, then I save, tak send, biar padan dengan muka you, taktau I marahkan you, huh baru puas hati I" Dia membebel panjang lebar.

"Oh, yerker?" Pendek je Maira jawab.


"You pulak? Kalau you marahkan I, you buat apa?" Dia pulak tanya. Maira diam sekejap, buat-buat fikir.

"Hmm, I kalau marahkan you, I tak maki-maki you, I pergi toilet, I cuci mangkuk jamban" Maira jawab.

"Tu je? Hmm, penyabar betul you"

"Ye, tu je, tapi I cuci mangkuk jamban, guna berus gigi you, lepas cuci, I rendam berus gigi you dalam botol, then I letak balik" Maira jawab.

Dia diam sekejap, then dia cakap;

"Haha, I dah agak, benda ni I dah pernah baca dekat Internet, nasib baik I tak berus gigi, I guna Listerine je, padan dengan muka you tak dapat dajalkan I" Dia gelak besar. Maira diam.

Dia sambung lagi gelak, lagi kuat, Maira diam, lepas tu pelan-pelan Maira cakap dekat dia;

"Dah tu? you ingat, I rendam berus gigi you dalam botol mana?"

Terus dia berhenti gelak.




Ahad, 6 Julai 2014

Ayam Masak Cendawan Ala Cina 

Bahan-bahan: 
  • 1/2 ekor ayam 
  • 8 keping Cendawan hitam - direndam 1/2 jam 
  • 1 inci halia - dihiris 
  • 1 biji bawang besar - dihiris 
  • 6 ulas bawang putih - dicincang 
  • 4 ~ 5 tangkai cili padi 
  • Sedikit kicap lemak manis 
  • Sedikit sos tiram 

Cara memasak:
  1. Ayam dibasuh dan dipotong kecil2. Cendawan yang dah lembut ditoskan, buang tangkainya dan dipotong 4 (memanjang). 
  2. Panaskan minyak dan tumis halia. Bila dah naik bau (halia dah kekuningan) angkat halia dan buang. Kalau tak buang pun tak apa. 
  3. Masukkan bawang besar, bawang putih dan cili padi. Tumis hingga naik bau baru masukkan ayam. Kacau sekejap. 
  4. Masukkan kicap dan sos tiram. Kuantiti kicap terpulang. Tak payah letak garam sebab sos tiram dah memang masin. Kalau untuk yang kuat masin, bolehlah letak garam sedikit. Kacau. 
  5. Selepas tu, masukkan air secukupnya (dalam 2 cawan biasa). 
  6. Bila dah mendidih baru masukkan cendawan. Kecilkan api dan biarkan hingga kuahnya pekat. (biasanya dalam 10 hingga 15 minit).




Sabtu, 5 Julai 2014

Air utk berbuka - Cooling & Refreshing Citrus Blue


Bahan2
  • Gula
  • Air 
  • Lemon 
  • Jeli
  • Air Ice cream soda @ Citrus Drinks 
  • Ais

Cara2: 
  1. Bancuh jeli nona dengan 300ml air. Bila dah sebati, masak hingga mendidih & tuang dlm bekas utk sejukkan. 
  2. Masak air gula. Sukatan ikut suka. Masukkan pewarna sedikit jika suka. 
  3. Masukkan lemon (1/2 diperah & 1/2 utk hiasan)
  4. Bila jeli dah keras potong & masukkan dalam air. 
  5. Last sekali masukkan ais & tuang air ice cream soda sblm hidang.




Ikan Kerapu Masak Asam Manis 

Bahan-bahan A: 
  • 1 ekor ikan kerapu 
  • 120gram tepung jagung 
  • 1 biji telur ayam 
  • Sedikit minyak (untuk goreng) 
  • Garam secukup rasa 

Bahan-bahan B: 
  • 5 ulas bawang merah - dikisar 
  • 5 ulas bawang putih - dikisar 
  • 3cm halia 
  • 1 batang serai - dititik 
  • 1 helai daun pandan 
  • 3 sudu cili sos 
  • 1 sudu cili giling 
  • Sedikit kunyit hidup 
  • 3 sudu tomato sos 
  • 3 cawan air 
  • Sedikit cuka masak 
  • Garam secukup rasa 

Cara memasak:
  1. Gaulkan bahan-bahan A (goreng hingga rangup) 
  2. Untuk sosnya,panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih, bawang merah, halia, daun Pandan dan serai sehingga bau naik. 
  3. Masukkan cili giling dan kunyit.kacau sehingga naik minyak. 
  4. Masukkan air, tomato sos,cili sos dan bahan perasa.kacau sehingga mendidih. Tuangkan ke atas ikan yang telah digoreng. 
  5. Gorengkan bahan-bahan taburan dengan sedikit minyak ke atas hidangan tadi.

Untuk hiasan: 

Bawang besar, cili merah, gree pepper, nanas dan timun.




Jumaat, 4 Julai 2014

SERAWA LABU

Bahan-bahan ( untuk 4-5 orang makan )
  • sebelah buah labu kuning dipotong dadu besar
  • gula merah + gula putih (secukupnya ikut citarasa manis anda)
  • secubit garam
  • 2 mangkuk santan (kalau nak kuah lebih, tambahkan lagi)
  • secawan air
  • daun pandan
  • 1/4 cawan sagu

Cara-cara
  • Masukkan labu dan air kedalam periuk dan masak sehingga labu hampir masak.
  • Toskan air dari labu yang separuh masak tadi. Masukkan santan,gula,garam, dan daun pandan. Kacau sentiasa hingga mendidih dan labu masak.
  • Masukkan sagu dan kacau lagi hingga sagu jernih. Serawa labu siap untuk di hidang. Sesuai dihidang panas dan jugak sejuk. Enjoy....
*NOTA: Boleh juga direbus labu terus dengan santan, tetapi kena la kacau selalu supaya tidak pecah minyak.



Ikan Masak Berlada 

Bahan-bahan: 
  • 3 ~ 4 ekor ikan sembilang 
  • 10 biji cili merah - dikisar 
  • 2 batang serai - dititik 
  • 1 ulas bawang besar - dimayang kasar 
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk 
  • 1 inci halia - ditumbuk 
  • air limau kasturi 
  • sedikit garam dan gula secukup rasa 

Cara memasak:
  1. Ikan disiang, lumurkan dengan garam dan kunyit. Goreng dan ketepikan. 
  2. Dengan menggunakan minyak yang sama tumiskan bawang putih dan halia yang telah ditumbuk tadi. Bila dah berbau harum (garing) masukkan cili merah yang telah dikisar, garam dan gula, kacau dan biar sampai pecah minyak. 
  3. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan gaul hingga sebati. Masukkan bawang besar yang dimayang kasar, kacau hingga agak layu. 
  4. Curahkan air perahan limau kasturi sebelum dihidangkan. 




Rabu, 2 Julai 2014

Pajeri Nenas 

Bahan-bahan: 
  • Rempah tumis (Kulit kayu manis,bunga lawang, pelaga) 
  • Sedikit serbuk kunyit 
  • 4 biji bawang merah ] 
  • 2 biji bawang putih ] Dihiris memanjang 
  • Biji sawi 
  • gula sikit 
  • garam secukup rasa 
  • Lada merah/&hijau dibelah memanjang (jgn sampai putus) 
  • Nenas dipotong bulat dan rebuskan dan ditoskan air 

Cara memasak:
  1. Tumiskan rempah tumis tadi masukkan bawang merah dan putih, bila naik bau masukle serbuk kunyit. 
  2. Kemudian masuk nenas yg dah siap tos tu, gula sikit dan garam secukup rasa. 
  3. lepas tu masukla pulak lada dan biji sawi (masa masuk lada nie tk usahle sampai lunyai pulak-golek-golekkan ajele kat dlm kuali tu sikit-sikit).





Selasa, 1 Julai 2014

Ikan Siakap Kukus 


Bahan-bahan: 
1 ekor ikan siakap sederhana besar 
3 sudu besar sos tiram 
2 susu besar sos cili 
2 susu besar sos tomato 
1 sudu gula 
4cm halia - dimayang 
3 ulas bawang putih - dimayang 
3 ulas bawang besar - dimayang 
3 tangkai daun sup(saderi) 
1/2 biji limau nipis 
garam secukup rasa 

Cara memasak:
1. Cuci ikan dan belah dua jangan sampai putus lumur garam dan gula (kurangkan jika tak suka manis). 
2. Masukkan ikan dalam pinggan bujur, tabur bahan yang dimayang tadi. 
3. Tuang ketiga-tiga sos tadi. 

4. Kukus selama 10minit (hingga masak). tabur hirisan daun sup tadi dan perah limau diatasnya. 





Isnin, 30 Jun 2014

Udang Masak Serai Wangi 

Bahan-bahan: 
600 gm udang harimau - digoreng setengah masak 
4 batang serai 
100 gm cili kering 
100 gm bawang merah 
100 gm cili merah 
70 gm bawang putih 
70 gm halia muda 
3 sudu besar pati asam jawa 
30 gm belacan bakar 
100 gm pati santan 
Garam dan gula secukup rasa 

Cara memasak: 
1. Kisar halus serai, cili kering, bawang merah, cili merah, bawang putih dan halia muda. 
2. Tumis hingga wangi dan masukkan air asam jawa dan sedikit santan cair. 
3. Masak atas api sederhana hingga kuah pekat 
4. Masukkan pati santan dan udang. 
5. Masak hingga naik bau. 


 

Ahad, 1 Jun 2014

Resipi Untuk anda


Assalamu alaikum dan salam sejahtera..


Kita sekarang berada di penghujung bulan Rejab, bermakna Ramadhan Al Mubarak tak lama lagi akan menjelma, Insya Allah.

Pastinya pelbagai jenis kuih raya baru dengan kreativiti masing-masing akan dipersembahkan pada tahun ini.

Sehubungan itu, sukacita saya kongsikan satu resepi istimewa dari saya buat anda untuk tahun ini. Tak kira untuk hidangan keluarga sendiri atau jadikan bisnes musim raya :)

Blueberry Almond Slice


BAHAN
BUTER - 250gm
MAJERIN - 30gm
GULA AISING - 60gm
ESEN VANILA - 1 sudu teh
TEPUNG KENTANG - 100gm
TEPUNG GANDUM - 250gm
CORNFLAKES - 1/2 cawan di kisar


BAHAN HIASAN :Jem blueberry atau jem kegemaran yang lain
Almond slice secukup nya


TOPPING:2 biji telur ambil putihnya sahaja
150 gm gula aising
1 sudu teh tepung jagung

Pukul putih telur dan gula dengan kelajuan maksima. Campur tepung jagung. Pukul hingga kental (jika di terbalikkan adunan tak jatuh).


CARA MEMBUATNYA :
  1. Campurkan tepung gandum, tepung kentang dan cornflakes kisar hingga rata kesemuanya. 
  2. Putar mentega, gula aising dan esen vanilla hingga sebati. 
  3. Masukkan campuran tepung tadi sedikit demi sedikit hingga habis dan menjadi doh yang lembut . 
  4. Canai doh dan terap dengan acuan kegemaran anda. 
  5. Cucuk biskut tadi dengan garpu atau pencungkil gigi.. 
  6. Bakar biskut dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175 C selama 10 - 12 minit @ hingga kekuningan. 
  7. Angkat biskut dan sapu dengan jem. 
  8. Kemudian pipingkan topping di atas jem tadi. Atur almond slice di atas topping tadi. 
Akhir sekali bakar semula biskut tadi hingga masak.


SELAMAT MENCUBA…


==================================================================
Pekerja Sambilan Dirumah Diperlukan.
Gaji Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Menerima bayaran upah yang sangat lumayan dan peluang untuk bekerja dengan syarikat-syarikat yang berasaskan internet dari selurush pelusuk dunia.


Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas

Lain-lain
- Boleh bekerja tanpa pengawasan
- Boleh mengikut arahan
- Sanggup bekerja keras
- Berfikiran positif
- Bermotivasi tinggi
- Berdisiplin diri

Maklumat lanjut sila ke website di bawah:
==================================================================