Jumaat, 4 Julai 2014

SERAWA LABU

Bahan-bahan ( untuk 4-5 orang makan )
  • sebelah buah labu kuning dipotong dadu besar
  • gula merah + gula putih (secukupnya ikut citarasa manis anda)
  • secubit garam
  • 2 mangkuk santan (kalau nak kuah lebih, tambahkan lagi)
  • secawan air
  • daun pandan
  • 1/4 cawan sagu

Cara-cara
  • Masukkan labu dan air kedalam periuk dan masak sehingga labu hampir masak.
  • Toskan air dari labu yang separuh masak tadi. Masukkan santan,gula,garam, dan daun pandan. Kacau sentiasa hingga mendidih dan labu masak.
  • Masukkan sagu dan kacau lagi hingga sagu jernih. Serawa labu siap untuk di hidang. Sesuai dihidang panas dan jugak sejuk. Enjoy....
*NOTA: Boleh juga direbus labu terus dengan santan, tetapi kena la kacau selalu supaya tidak pecah minyak.



Catat Ulasan