Selasa, 28 Oktober 2014

Petua - Penyelesaian Masalah Vena Varikos atau Urat Simpul

Masalah vena varikos (urat simpul) atau varicose vein menyerang ramai wanita mengandung. Vena varikos berlaku apabila vena (salur darah yang membawa balik darah kurang beroksigen dari bahagian badan yang lain ke jantung dan paru-paru) menjadi tebal dan membesar.

Disebabkan pembesaran tersebut, ia kelihatan membiru atau ungu serta berpintal dan akan terkelular sedikit dari bahagian kulit seakan menggelembung. Vena mempunyai pintu injap kecil untuk mengelak darah daripada mengalir secara terbalik.

Otot kaki akan mengepam vena untuk menghantar darah ke jantung, melawan kesan graviti. Apabila vena menjadi varikos, pintu injap tidak lagi berfungsi dengan betul dan injap tidak bekerja. Ini menyebabkan darah bergerak pada arah yang songsang dan vena membesar lebih daripada biasa.

Vena varikos biasa berlaku pada vena bahagian kaki disebabkan tekanan ketika berdiri. Kadang kala masalah ini boleh berlaku di bahagian lain seperti vagina tetapi ia jarang berlaku.

Walaupun masalah ini kerap menyerang golongan wanita hamil tetapi wanita normal dan lelaki tidak terkecuali. Ketika mengandung, pertambahan hormone progestron menjadikan vena berkeadaan lega (injap terbuka) mengundang masalah vena varikos selain pembesaran uterus secara semula jadi menekan vena.

Jenis pekerjaan seseorang juga mempengaruhi risiko mendapat serangan vena varikos seperti mereka yang berdiri terlalu lama ketika bekerja iaitu jururawat, pelayan restoran, guru dan sebagainya. Bahkan wanita hamil yang mengalami masalah berat badan berlebihan juga terdedah menderita sakit urat simpul akibat kaki terpaksa menampung beart badan yang berlebihan.

Mereka yang mengalami masalah vena varikos akan berasa sakit dan tidak selesa di bahagian kaki dan tidak boleh berjalan jauh. Pesakit berkemungkinan mengalami kekejangan pada waktu malam dan lebih teruk ada yang mengalami gatal-gatal pada kulit.
Oleh itu bagi ibu hamil yang mengalami masalah vena varikos anda perlu melakukan perkara berikut sebagai salah satu penyelesaian mengurangkan kesakitan.

Banyak berehat

Jika terlalu aktif, banyak berdiri dan berjalan kaki ia akan hanya memburukkan lagi keadaan vena varikos yang dialami. Sebaliknya banyakkan berehat dan jika perlu berjalan, lakukan ia secara perlahan dan tidak boleh berjalan jauh.

Pakai kasut rata

Jangan bermimpi untuk terus tampil dengan kasut tumit tinggi anda seperti ketika belum hamil. Utamakan keselamatan dan kesihatan diri berbanding penampilan. Pemakaian kasut tumit tinggi hanya akan menyebabkan vena varikos semakin teruk. Sebaiknya pakai kasut rata sepanjang kehamilan bagi mengelakkan kesakitan pada diri sendiri.

Tinggikan kaki ketika tidur

Cara ini membantu melancarkan aliran darah selepas seharian berjalan kaki. Letakkan bantal di bawah kaki sehingga posisi kaki lebih tinggi ketika tidur. Ia membantu pembuluh darah tidak menggunakan tenaga yang lebih untuk naik.


Jumaat, 24 Oktober 2014

Pendek Sahaja

Mungkin inilah, kekayaan yang tak ramai orang ada!

Salam hormat;
  • Kalau kita tak cukup duit, kita buat kerja part time
  • Kalau kita tak cukup duit, kita buat bisnes tepi
  • Kalau kita tak cukup duit, kita tambah ilmu, untuk tambah duit
Betul kan?

Tapi,
  • kalau kita tak cukup amalan, bukan kah patut kita banyak baca Al-Quran?
  • kalau kita tak cukup amalan, bukan kah patut kita banyakkan zikir?
  • kalau kita tak cukup amalan, bukan kah patut kita... tingkatkan amalan?

Ini ilmu yang saya dapat pagi tadi.
Kata Ustaz, dunia itu jambatan akhirat.

Kata Ustaz juga, apa kita sedia kat dunia, itu yang kita dapat kat akhirat.

Mungkin anda anggap saya membebel. huhu...

Tapi, saya hormat anda, saya sayang anda.
Saya nak berusaha mendapat tempat terbaik di akhirat nanti.
Dan saya pun, nak ajak anda ke tempat terbaik di sana nanti.

Itu pasal, saya tulis artikel ini.
Tiada sebarang jualan.
Hanya satu mesej sahaja.



Jom jadi yang terbaik !

Terbaik dunia dan akhirat!


Insya Allah.

Semoga Allah permudahkan urusan kita.
Saya tak sempurna, walaupun maksud nama saya ialah sempurna.
Saya mohon ampun dan maaf sebab tersalah tulis.
Saya minta maaf sangat-sangat.



Jumaat, 17 Oktober 2014

Kalau you marah...apa yang you akan buat?

"I ada pengakuan nak buat ni" Bf Maira, abang Muthalib tiba-tiba bukak cerita masa call Maira tadi. Maira diam, cuak, semua ada.

"Kalau u nak tau, I kalau marahkan you, I akan taip sms panjang-panjang, I maki mencarut dekat you, then I save, tak send, biar padan dengan muka you, taktau I marahkan you, huh baru puas hati I" Dia membebel panjang lebar.

"Oh, yerker?" Pendek je Maira jawab.


"You pulak? Kalau you marahkan I, you buat apa?" Dia pulak tanya. Maira diam sekejap, buat-buat fikir.

"Hmm, I kalau marahkan you, I tak maki-maki you, I pergi toilet, I cuci mangkuk jamban" Maira jawab.

"Tu je? Hmm, penyabar betul you"

"Ye, tu je, tapi I cuci mangkuk jamban, guna berus gigi you, lepas cuci, I rendam berus gigi you dalam botol, then I letak balik" Maira jawab.

Dia diam sekejap, then dia cakap;

"Haha, I dah agak, benda ni I dah pernah baca dekat Internet, nasib baik I tak berus gigi, I guna Listerine je, padan dengan muka you tak dapat dajalkan I" Dia gelak besar. Maira diam.

Dia sambung lagi gelak, lagi kuat, Maira diam, lepas tu pelan-pelan Maira cakap dekat dia;

"Dah tu? you ingat, I rendam berus gigi you dalam botol mana?"

Terus dia berhenti gelak.