Rabu, 31 Disember 2014

Bantuan AMAL Mangsa Banjir!

Sepertimana yang dah kita baca di FB dan juga suratkhabar/TV, beberapa negeri di Malaysia telahpun dilanda banjir.

Tapi janganlah kita cepat menuding jari atau salahkan Tuhan di atas kejadian yang berlaku, sebaliknya marilah kita sama-sama usaha dan bantu sesama kita untuk meringankan beban mereka yang kesusahan.

Ambillah peluang ini untuk bantu mangsa banjir:

1) Jika anda ingin salurkan bantuan berupa pakaian atau barang keperluan, bolehlah hantar terus barang-barangnya kepada pusat bantuan banjir tempatan atau masjid-masjid terdekat.

2) Boleh hulurkan bantuan berupa wang tunai kepada mana-mana akaun bank pertubuhan yang menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir.



Catat Ulasan