Rabu, 30 Disember 2015

3 Bisnes Online Boleh Buat BANYAK INCOME di 2016.



Saya pasti tahun depan anda nak hasilkan lebih banyak income dari bisnes online.


Saya ada 3 lubang bisnes onlineyang anda boleh lakukan untuk hasilkan income yang SANGAT BANYAK di 2016.


Nah, saya share...


PERTAMA: Bisnes Produk Digital


Ianya melibatkan penjualan ebook, video, webinar dan lain-lain.


KEDUA: Bisnes di Facebook


Facebook masih lagi merupakan platform jualan yang paling diminati.

Mana taknya, ianya cepat berikan result & income untuk bisnes mereka. Jadi, saya nak anda juga boleh hasilkan sesuatu dari bisnes di Facebook ini.


Setakat ni, saya tiada apa-apa panduan terkini tentang Facebook yang boleh saya berikan kepada anda. Tetapi saya REKEMEN anda ikuti teknik promosi terkini di Facebook DI SINI.


KETIGA: Affiliate Marketing

Ni model bisnes internet yang paling saya suka dan sesuai untuk beginner.

Apa yang saya lakukan adalah hanya promosi produk orang lain dan hasilkan komisyen yang lumayan.

Sejak 2012, saya berjinak-jinak dengan affiliate ni.

Buat masa ini, tiada panduan yang boleh saya rekemen kepada anda tetapi saya cadangkan anda belajar dari pengalaman orang lain.


Anda tengok sendiri dan belajar strategi top-top affiliate buat komisyen RM4-5angka sebulan.


The best way untuk anda belajar dari experience ini adalah  dengan join sendiri Cabaran Affiliate.


Untuk pengetahuan anda ... Fairuz Razak ada buka  sebuah cabaran affiliate yang akan berikan komisyen sehingga 50% - RM75/sales.


Kalau anda berminat nak sertai cabaran affiliate ini, anda boleh JOIN FB GROUP DI SINI.


Inilah peluang untuk anda "LEARN  & EARN" melalui experience.


Ok, moga-moga sedikit info yang saya berikan ini boleh bantu bisnes internet anda.





Sabtu, 26 Disember 2015

Alhamdulillah... urusan sekolah dah selesai

Alhamdulillah....

Buku sekolah rendah sudah beli .... urusan tadika pun dah selesai... kos semua sekali dalam RM300..

Baju, kasut dan beg ... memang x beli ... sebab yg lama masih elok lagi ... tinggal untuk sekolah agama sahaje .. untuk sekolah agama ..yuran + buku dalam RM110....


Syukur alhamdulillah .... nak kata duit cair tue .. x de lah .... dengan gaji suami aku dan pendapatan program affiliate ... memang cukup... segala2nya memang cukup.....

Alhamdulillah ....


Jumaat, 25 Disember 2015

21 tips mudahnya berniaga..

  1. Kenapa ramai usahawan gagal adalah disebabkan ATTITUDE (SIKAP) yang suka menyalahkan orang lain. Bagi mereka, Life is so Easy by blaming others.
  2. Kenapa ada orang yang berjaya & ada yang gagal. Ianya terletak kepada bagaimana mereka buat KEPUTUSAN.
  3. Tanda orang yang berjaya, mereka sentiasa BERSEDIA. Be Prepared. Ini kerana, kebarangkalian untuk berjaya adalah lebih tinggi jika kita bersedia.
  4. Jika seseorang itu buat sesuatu dengan bersungguh-sungguh, Insyaallah semua yang benda yang dia buat pasti bersungguh-sungguh. How you do anything, Is how you do Everything.
  5. Orang yang berjaya, hatinya luas. Bukan kecil yang suka sentap.
  6. Sebelum nak labur banyak wang dalam perniagaan, fokuskan untuk banyakkan pelanggan dahulu. Jangan terus buka wisma jika pelanggan masih sedikit. Ingat, fokus untuk ramaikan pelanggan dahulu.
  7. Orang yang berjaya, apabila mereka mulakan sesuatu, mereka akan akan lakukan dengan terbaik sehingga habis. Orang gagal pula sebaliknya.
  8. Orang yang berjaya, mereka pantas buat KEPUTUSAN, Serius dengan apa yang mereka buat & sentiasa berikan 100% komitmen.
  9. Untuk orang suka beli produk kita, kita perlu sukakan Allah terlebih dahulu. Cari keberkatan.
  10. Untuk jadi orang yang berjaya, perlu berkawan dengan orang yang lebih berjaya.
  11. Formula untuk berjaya, TUKAR kawan.
  12. Orang yang berjaya sikapnya berbeza. Mereka tak suka komplen. Mentaliti & kesabarannya pun berbeza.
  13. Orang berjaya pantas buat keputusan & tindakan. Mereka tak terhegeh-hegeh & mereka percaya terhadap apa yang mereka ingin lakukan.
  14. Orang berjaya sanggup labur duit untuk berjaya.
  15. Orang berjaya suka bina NETWORKING. Anda adalah siapa kawan anda. Untuk hidup berubah, Upgrade kawan anda. Copy successful person, you’ll be successful.
  16. Orang berjaya sudah buat keputusan awa untuk mereka berjaya.
  17. Orang berjaya tidak bertangguh. Fast action fast result. Now or Never. Bisnes adalah tentang kepantasan. It’s all about SPEED.
  18. Orang berjaya tidak hiraukan kutukan orang lain.
  19. Orang berjaya selalu FOKUS. Fokus 1 produk, fokus 1 masalah. Bisnes wujud sebab adanya masalah. Di mana ada masalah di situ ada peluang.
  20. Orang berjaya konsisten & persisten dalam apa yang mereka nak capai.
  21. Jika kita nak capai satu benda yang kita tak pernah capai, kita kena berani buat perkara yang kita tak pernah buat.




Jika diperhatikan, kebanyakan tips di atas adalah berkenaan dengan Attitude (sikap). Ini kerana untuk membina bisnes bukanlah suatu proses yang sukar jika dibandingkan dengan proses membina sikap untuk menjadi usahawan berjaya.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.



Jumaat, 11 Disember 2015

Jemputan jana side income RM20


Kawan saya ingin menjemput anda untuk jana komisen RM10 per jualan.

Tugas cukup mudah. Semudah copy dan paste sahaja kerana bahan promosi telah disediakan dan ianya proven sangat mudah dapat komisen..

Sila klik pautan dibawah :


Link tersebut menuju ke wall FB saudara hadiismail

PM beliau disana untuk join group khas guna kod ini ->> Jv 95

Khamis, 26 November 2015

BISNES CARA MUDAH



Saya percaya dan amat yakin, kemudahan dalam perniagaan itu 100% bergantung kepada Allah SWT...

Kerana itu, dalam mencari idea, membuat keputusan, memohon perlindungan, melariskan jualan, membina sahabat niaga, membina rangkaian jualan, menaikan perhatian, membuka mata pelanggan, menaikkan jenama dan semua yang berkaitan dengan bisnes saya sandarkan kepada Allah SWT...


Jika ada faktor lain saya pasti seorang pun tidak mampu kemukakan walaupun satu.

Jika sering mencari kemudahan dalam bisnes , tetapi lebih banyak bersandar dengan kebolehan dan ilmu diri sendiri. Kerana itulah hidup menjadi penat, celaru dan serba tidak menjadi..

Allah telah bentang kan jalan kemudahan jadi jangan mencari jalan yang susah.

Taubat Bekas Peragawati



Melihat semakin ramai selebriti tempatan berhijrah secara fizikal dengan mula berhijab dan menjadi ikutan peminat-peminat, buat Anita bertanya sendiri pada dirinya adakah ini tuntutan gaya semasa atau memang ini masa yang tepat untuk mereka berhijab? Jangan dek kerana Yuna memulakan kerjayanya sebagai penyanyi dengan berhijab baru semua membuka mata yang dengan menutup aurat pun sesiapa boleh berjaya dalam bisnes hiburan hari ini.

Anita merupakan bekas model yang sudah merantau seluruh dunia menjual wajah Melayunya dalam banyak pentas peragaan, kempen mahupun iklan TV. Dan dia pulang ke kota metropolitan Kuala Lumpur setelah banyak yang dilaluinya. Namun sekalipun tidak lagi terlibat dalam bidang peragaan minat mendalamnya dalam bidang fesyen masih diteruskan dengan membuka bisnes menjual tudung dan ya dia berhijab kini namun tersarungnya hijab di kepalanya bukan kerana berkahwin kini tapi kerana petunjuk yang diberikan buat dirinya.

Sewaktu berusia 16 tahun Anita nekad mahu ke Singapura untuk menjadi seorang model. Dia bertuah dengan bentuk badan yang dimiliki – kaki yang panjang, kulit yang cantik dan raut wajah cukup menawan membuatkan laluannya untuk menjadi model di sana mudah. Saat itu dia belum pun lagi mengambil SPM dan tentu saja keputusannya untuk ke Singapura ditentang hebat oleh kedua ibu bapanya namun Anita tetap berdegil.

Pernah dia dikurung dan tidak dibenarkan keluar rumah kerana kehendaknya itu namun tidak ada apa lagi yang boleh dilakukan ibunya apabila Anita mengugut enggan pergi ke sekolah jika kehendaknya itu tidak dituruti. Maka dilaburkanlah wang simpanan yang ada untuk menghantar Anita ke sana dengan syarat dia harus meneruskan pelajaran di sana. Anita bersetuju dan mula mencari peluang untuk menapak sebagai model di sana.

Mungkin kerana kesungguhan yang ada, Anita berjaya mendapat beberapa perhatian agensi di sana yang menawarkan kontrak peragaan buatnya. Dan bermulalah kembaranya sebagai seorang model di kota metropolitan Singapura. Bermula dengan sesi casting buat beberapa klien dia berjaya mendapatkan kesemua tawaran dalam sesi yang dihadiri. Dengan bantuan Wei Ling, kerjaya dalam bidang peragaan tersusun rapi bagai tiada masalah yang mendatang.

Dalam seminggu ada saja tawaran yang harus dipenuhi dan janjinya pada kedua ibu bapanya untuk terus belajar juga diteruskan biar kadang terlepas juga beberapa kelas dan repeat beberapa kertas ujian. Penuh sekali jadualnya di sana sehingga jika berkesempatan membuat peragaan di Kuala Lumpur pun dia tidak sempat melawat kedua orang tuanya.

Pejam celik dua tahun sudah dilalui dengan jalan yang cukup menggembirakan dan apa yang lebih menambah kegirangannya adalah peluang untuk terbang ke Jakarta, Bangkok, Hong Kong dan Tokyo merentas pelosok Asia untuk memperaga. “You did such an amazing job throughout this year Nita,” kata Wei Ling padanya. Anita hanya tersenyum bangga dengan apa yang dicapai dan mencelah “I would never make it without you.”

Kehidupan sebagai peragawati pasti saja akan diuji dengan wang, kemewahan dan lelaki yang sentiasa mahu mendekatinya. Kadang Anita hanyut juga dibuai aura glamor dunia peragaan. Apa lagi setiap kali habis show ada saja after party yang gila-gila dihadirinya dan tentu saja dia akan bertemu dengan orang berbeza yang kadang buat dia sedikit hanyut namun tidaklah sehingga menjual tubuh untuk kesenangan. Cuma, dia mula mengenal jenis-jenis minuman keras.

Sehingga ada satu tahap Anita addicted dengan air-air syaitan ini. Wei Ling mula risau kerana takut dengan tabiat barunya ini akan mengganggu gugat kerjaya peragaannya dan nyata memang disiplin Anita semakin merudum akibat terlalu bergantung pada minuman keras. Beberapa sesi casting dia datang lambat dan membuatkan klien meragui keseriusan Anita dalam kerjayanya sekalipun dia antara yang paling hangat ketika itu. Maka terlepaslah beberapa job besar yang ada dan perihal ini pasti saja membuatkan Wei Ling pening nak menjawab dengan pihak pengurusan agensi.

Satu e-mel diterima Wei Ling yang mahukan Anita datang dalam satu sesi casting buat satu peragaan di Paris. Perkara ini pasti saja membuat Wei Ling teruja kerana tawaran begini bukan saja untuk karier Anita malah buat portfolionya sendiri. Tapi dengan masalah disiplin Anita akhir-akhir ini buat dia gusar. Mahu tidak mahu dia harus duduk semeja dan slow talk dengan Anita dan jika dia serius untuk melebarkan sayapnya dalam bidang modeling ke peringkat lebih tinggi dia harus lebih serius dan harus berubah.

“I dapat offer for you to fly to Paris.” Anita teruja “What? Seriously? I nak, I nak!” Wei Ling diam seketika sebelum bersuara “But I want you to change your bad habit. No more drinks, no more heavy night life. If you boleh buktikan pada I yang you serius dan boleh berubah I will accept this offer. Kalau tak I tak boleh terima because akhirnya I sendiri yang malu dengan sikap you.” Anita diam dan nyata apa yang dikatakan Wei Ling buat dia tersentak dan berfikir semula tentang betapa keinginannya mahu menjadi model ternama. “Okey, saya janji saya akan berhenti, tapi perlahan-lahan lah. Tapi tolong terima tawaran tu.. please.” Anita nyata tegas mahu ke Paris.

Pada awalnya dia hanya ditempah untuk memperagakan satu jenama sahaja namun apabila dia muncul atas runway banyak mata mula tertumpu padanya dan dari situ semakin banyak booking yang perlu Wei uruskan buat kerjaya Anita. Nyata gemerlap bintangnya begitu kemilau sekali dalam menyempurnakan cita-citanya menjadi model ternama. Namun janjinya pada Wei Ling hanya manis di awalnya sahaja.

Perlahan-lahan tabiat meminum minuman keras itu kembali dan apa yang lebih merunsingkan Wei Ling adalah bila Anita mula rapat dengan seorang jejaka Inggeris, Chris yang dikenali dalam salah acara runway. Ke mana saja jejaka itu pergi pasti Anita akan mengikutnya. Maklumlah peluang terbang ke sana sini tanpa keluar satu sen pun menjadi idaman semua orang apatah lagi contact besar yang buat dia mampu melebarkan sayapnya dalam bidang peragaan membuatkan Wei Ling rasa sedikit terpinggir.

Satu malam selepas satu sesi fotografi buat kempen jenama ternama, Anita menghabiskan masa di bar yang biasa dikunjungi bersama Chris namun malam tersebut dia berjalan sendiri kerana Chris tidak menghubunginya walaupun berjanji untuk berjumpa. Tiba di bar tersebut betapa remuk hatinya melihat Chris bersama perempuan lain yang mengelilinginya.

Walaupun tiada sebarang kata cinta diucapkan antara mereka dan Anita sendiri awalnya hanya mahu berseronok, hati wanitanya tetap ada sedikit harapan diletakkan pada Chris. Anita tidak berpaling pada Chris dan terus melewati malamnya sendiri sehingga dia bukan lagi dirinya.

Sedar di pagi hari Anita telah terdampar sendiri di belakang lorong bar yang dikunjungi malam tadi. Saat dia terjaga dan berjalan pulang sendiri ke rumah dia terlihat seorang anak muda menolak kerusi roda yang dinaiki ibunya membuatkan Anita berasa sebak sendiri. Teringat akan kedua ibu bapanya yang berada di Malaysia. Anita tiba di rumah dan Wei Ling tiada di sana, yang tinggal hanya nota kecil menyatakan bahawa dia telah pulang ke Kuala Lumpur.

Saat ini kosong jiwanya tanpa ada tempat bergantung dan tangisan mula menjadi temannya. Lebih seminggu dia mengurungkan diri di rumah tanpa ada satu job pun yang dihadirinya. Sehingga hatinya terdetik untuk kembali ke jalan yang benar. Grande Mosque de Paris dikunjungi dengan hati yang penuh sayu. Di sana dia mula belajar sendiri tentang erti sebenar menjadi manusia, menjadi muslimah sebenar.

Anita beruntung komuniti di sana begitu menyokongnya dan perlahan-lahan dia berubah daripada seorang model ternama yang menyarung helaian mewah dan seksi kepada seorang yang sentiasa berjubah hitam dan berhijab.

Pejam celik hampir setahun juga dia melalui fasa kehidupan yang nyata berbeza daripada alasan mengapa dia di Paris awalnya. Pintu hatinya telah dibuka dari pengalaman perit mengajar dia untuk bangkit sebagai manusia sebenar dan dipertemukan jodohnya dengan seorang jejaka yang memudahkan lagi laluannya untuk memperbetulkan diri. Ya, Anita bertuah kerana biar apapun jalan dipilihnya urusannya bagai dipermudahkan.

Dia dan suami membuat keputusan untuk kembali ke Malaysia bagi memulakan kehidupan baru dan yang paling penting untuk kembali kepada kedua ibu bapanya yang lama ditinggalkan. Ziarah fesyennya juga digerakkan ziarah jiwa yang ingin kembali ke jalan yang benar. Moga semua juga begitu. Jangan hanya ziarah secara fizikal semata, ubahlah jiwa gerakkanlah minda dan biar cantik yang dipandang mata telusnya dari hati dan jiwa.


Sumber: eh.com.my

Jumaat, 13 November 2015

Wanita Mesti Patuh Jika Suami Arah Berhenti Kerja








Bagi aku senang je ... sebagai isteri ... kita kena patuh ... dan memang susah kalau nak berhenti ... lagi2 kalau gaji dah tinggi ....

Dari pengalaman aku sebagai isteri dan ibu ... kita kena pentingkan anak kita .... sekarangkan banyak kes penderaan di pusat jagaan budak .... tak kiralah di mana ... sama ade rumah orang atau taska...


Jadi sebagai ibu ... kita kena bertanggung jawab ... 

Seperti saya ... saya dah memang target .... bila saya akan berhenti kerja .... suami pun memang suruh saya berhenti kerja ... 

Bila duk rumah ... tak semestinya kita tak bekerja ... 

duduk rumah pun ... boleh tambah income....contohnya ... jual aiskrim malaysia, jagung manis....ajar budak mengaji.... atau pun join affiliate program....

Jadi ... jangan ingat duk umah tak boleh buat duit ..... 

Sebenarnya kerja di rumah lebih seronok dari bekerja dengan orang ... 

Sebab ape?

Kalu kerja kat umah.. kita boleh manja ngan anak .... boleh manja ngan suami... cik suami pun sayang kita.... 

Bila bekerja dengan orang .... memang banyak masalah ... selalu stress .... itu belum kes mengumpat lagi .... 

Bila balik kerja ... memang suami mintak buatkan air ... hal anak di serahkan bulat2 kat isteri ... sebab suami penat (penat drive) .. dan yang lain tue ... tak perlu lah saya citerr .... 

Secara kesimpulannya ... cik suami memang suka cik isteri berhenti kerja ... sebab.. dia nak isterinya mendidik anak dan menjaga ... selain tue... time luch ... cik suami sanggup balik rumah... sebab nak makan dengan isteri kesayangan nya...

Apa yang saya cerita nie memang berlaku kepada saya... sebelum berhenti kerje ... mood suami lain .. dan selepas berhenti kerja ... mood dia pun lain ....

Jadi tak yah bimbang pasal duit ..... 

Okey lah ... tue je....





Sabtu, 26 September 2015

Anda suka affiliate ke Dropship?

Setuju tak jika saya katakan, anda boleh berniaga di Facebook walaupun tanpa perlu ada produk sendiri?


Jika YA betul anda tidak ada produk sendiri, anda masih boleh menjalankan bisnes di FB dengan cara “promosikan produk orang lain”

Step pertama anda perlu faham:
  • Ramai pelanggan berkumpul di facebook! 
  • Jangankan pelanggan, taukeh-taukeh kedai pun ada di facebook!
  • Cari dimana keberadaan mereka & tukarkan mereka kepada pembeli
  • Mulai sekarang : Tukarkan facebook anda kepada MESIN ATM

Ada dua cara untuk mempromosikan produk orang lain :

1. Melalui program Affiliate
2. Melalui program dropship

Modal join = RM0 (Free)
Anda hanya perlu MAHIRKAN ilmu, teknik dan seni pemasaran sahaja!

Mudah faham affiliate : 
Promosikan produk digital seperti ebook/video /audio/software.

Yang ni hanya fokus kepada LINK sahaja
1) Daftar sebagai agent
2) Promo produk melalui link affiliate anda
3) Jana komisen

Komisen biasanya 50% dari harga jualan. Katakan produk digital tersebut bernilai RM100.

Jika anda berjaya menghasilkan jualan melalui link affiliate anda,  maka anda akan dibayar sebanyak RM50 untuk 1 unit jualan..

Jika anda berjaya jual 3 unit jualan, maka komisen anda adalah  
3 unit x RM50 = RM150.. --> RM150 SEHARI bayangkan!
  • Gaji budak diploma (permulaan) RM72 sehari
  • Gaji budak ijazah (permulaan) RM100 sehari
  • Anda?? --> RM150 sehari…. Best kan affiliate? 


Video Pasif Affiliate


Mudah faham dropship : 

  • Promosikan produk fizikal seperti tudung bawal, jubah, peti ais dan lain2
  • Jika customer minat, dia akan bankin kepada anda kemudian anda bankin kepada tuan punya produk serta berikan alamat customer kemudian owner produk akan hantar barang kepada customer tadi
  • katakan harga produk RM30.. anda sebagai agent dropship, anda boleh letak harga RM60 kepada customer.. customer bankin kepada anda RM60. Anda hanya perlu bankin harga asal produk RM30 kepada owner produk = anda untung RM30
  • Bukan urusan anda untuk pos produk. Tugas anda cuma promote dan jana income!

Dropship dan affiliate masing2 ada fungsi dan kelebihan tersendiri. Anda nak join salah satu/keduanya sekaligus tiada masalah..




Rabu, 16 September 2015

Adakah sistem affiliate berguna?

Sistem affiliate? Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan sistem affiliate dan bagaimana ia boleh membantu anda?


Apa sebenarnya sistem affiliate...

Katakan anda ingin menjana pendapatan tambahan. Sama ada secara online ataupun mungkin secara offline.

Cara paling mudah untuk menjana pendapatan tambahan TANPA memiliki sebarang produk sendiri adalah dengan menjadi ejen jualan kepada produk orang lain.

Bagaimana anda jana keuntungan sebagai ejen jualan?

Sudah tentunya daripada "komisyen" yang diterima bagi setiap jualan yang berjaya anda hasilkan.

Di Internet, apabila kita ingin menjadi ejen jualan kepada sesuatu produk @ laman web, kebiasaannya kita akan melihat terlebih dahulu sama ada pemilik produk / laman web tersebut ada menawarkan "program affiliate" ataupun tidak.

Ambil masa dalam 5 minit dan cuba buat carian di Google.

Taipkan perkataan berikut:-

"Affiliate Program"

atau

"Program Affiliate"


Saya percaya anda akan ketemui BANYAK laman web yang menawarkan program affiliate yang boleh anda daftar / sertai secara PERCUMA.

Dan program affiliate ini pula diuruskan oleh "sistem affiliate".

Sistem affiliate inilah yang akan merekod segala transaksi jualan yang anda lakukan.

Setiap ejen jualan (affiliate) akan menerima link promosi untuk setiap produk yang ingin
dipasarkan.

Format link promosi adalah pelbagai seperti:-


dan sebagainya.

Inilah tugas sistem affiliate dimana secara umumnya ia menguruskan pelbagai "rekod" berkaitan:-

1. Profil ejen jualan
2. Aktiviti / log link promosi (affiliate).
3. Informasi produk
4. Komisyen ejen jualan
5. Bahan promosi produk


Sekiranya anda merasakan perkongsian serba ringkas ini amat berguna, kongsikan kepada rakan - rakan yang lain.


Video Pasif Affiliate

Ahad, 13 September 2015

Program Affiliate Tempatan Terbaik



Program Affiliate Terbaik berdasarkan pengalaman sayadan membaca pengalaman rakan-rakan blogger lain yang hebat dalam usaha mempromosikan program Affiliate.




JobDirumah merupakan program Affiliate terbaik bagi tahun 2014. Ramai blogger dah berjaya menjana pendapatan yang lumayan melalui proigram Affiliate JobDiRumah.


P/S : Jangan lupa juga untuk Promosikan laman web Advetorial.my



Syukur Alhamdulillah.. Pada tahun lepas ramai blogger berjaya menjana pendapatan yang lumayan melalui beberapa produk Tim Infokerjaya


Berminat nak buat Duit Mudah bersama Tim Infokerjaya? Boleh baca di sini



Ashadee atau sebelum ini dikenali sebagai Jom Niaga merupakan Platform Affiliate yang memasarkan pelbagai produk Affiliate tempatan dan antarabangsa. 

Terlalu banyak produk Affiliate yang terdapat di laman web Ashadee. Sampai rambang mata dibuatnya untuk memilih produk affiliate yang mana satu?




Saya mula menyertai Klikjer pada tahun 2010. Saya tahu tentang kewujudan program affiliate Klikjer ni daripada Tuan Mohd Suhaimy atau lebih dikenali sebagai Suth dalam dunia perniagaan internet. 

Klikjer merupakan Platform Affiliate yang memasarkan pelbagai produk Affiliate tempatan. Secara keseluruhannya KlikJer dan Ashadee hampir sama sahaja iaitu terdapat pelbagai produk affiliate yang dapat anda promosikan.

Cuma yang berbezanya dari segi komisyen yang ditawarkan. 

Klikjer menawarkan komisyen yang cukup lumayan, iaitu 70% komisyen untuk setiap jualan yang berjaya anda hasilkan.





Isnin, 7 September 2015

Syukur

Promosi akan berlangsung sehingga jam 10.51 pagi, Khamis 10 September 2015.


Kelas FB Marketing for Newbies 
Tarikh: 3 Oktober 2015
Lokasi: Bandar Baru Bangi (lokasi tepat akan dimaklumkan nanti)
Yuran Asal: RM 297
Selepas Diskaun: Hanya RM 222.75

Klik LINK INI untuk info lanjut.



Kelas Extreme FB Marketing
Tarikh: 4 Oktober 2015
Lokasi: Bandar Baru Bangi (lokasi tepat akan dimaklumkan nanti)
Yuran Asal: RM 397
Selepas Diskaun: Hanya RM 297.75

Klik LINK INI untuk info lanjut.




Anda hanya perlu gunakan kupon kod “SYUKUR” semasa membuat tempahan.

Jumaat, 28 Ogos 2015

RAMLY BURGER





Dipetik dari FB Syahril A. Kadir


RAMLY MOKNI (RAMLY BURGER)

Kalau korang tanya aku siapakah antara usahawan Melayu yang aku paling kagumi, jawapan aku adalah Datuk Ramly Mokni yang famous dengan burgernya, RAMLY. Ramly ni 'media shy' sikit sebab itu JARANG SANGAT kita baca kisah-kisah beliau dalam media. Ramly ni asal dari Tanjung Piandang, Perak (dibesarkan di Selangor) dan ada 16 adik beradik!


Segalanya bermula pada tahun 1978 bila negara kecoh isu halal haram daging burger ni sebab kebanyakan burger masa tu diimport dari luar negara, jadi Ramly ambil keputusan buat sendiri burger daging di rumah bersama isterinya. Dengan modal RM2,000, mereka buat sendiri burger daging secara manual (tanpa mesin) di flat Jalan Haji Hussein, Kampung Baru. Mula-mulanya tak dapat sambutan sebab orang Melayu tak banyak makan burger, tapi perlahan-lahan Ramly buka banyak stall burger dekat area Chow Kit dan sejak itu permintaan daging burgernya bertambah.

Akhirnya dari hanya 200 keping daging sehari, mereka mula mendapat tempahan sehingga 3,000 keping sehari. Tahun 1980 mereka mula buka syarikat dan hanya empat tahun kemudian, mereka telah berjaya buka kilang di Bandar Tun Razak dengan menghasilkan kira-kira 10,000 keping sehari!

Cabaran Ramly paling besar masa tu sebab MARA tolak permohonan pinjaman mereka dengan alasan orang Malaysia tak ramai makan burger, tetapi Bank Pembangunan pula yang luluskan permohonan mereka. Lepas tu timbul fitnah pula burgernya tidak halal hingga beliau terpaksa buat report polis. Kemudian ada pula yang fitnah kononnya mereka dah jual bisnes kat orang lain. Semua fitnah tu buat beliau dan keluarganya lebih tabah dan berusaha membuktikan mereka bukan seperti mana yang difitnahkan.

Dan sekarang jualan tahunan mereka dah cecah RM1 billion, daging saja mereka guna hampir 1.5 tan sehari untuk menghasilkan pelbagai jenis burger, pergh! Kini, jenama Ramly bukan lagi sekadar mengeluarkan daging burger, malah sosej, nuget, bebola daging, daging kisar, sos cili dan banyak lagi turut dihasilkannya.

Steady Datuk Ramly, salute! Ini baru champion!







Watch NFL, NBA, MLB and many more live sporting events from anywhere in the world. Save 25%

Kek Coklat Kurang Manis Menambat Selera

Bagi mereka yang pernah makan kek coklat, rasa manis menyebabkan ramai orang cuba mengelaknya. Jadi FBN Bakery hasilkan tepung kek yang kurang manis dan lembut. Rasa manisnya datang daripada topping.

FBN Bakery juga mengunakan serbuk koko Gred A bagi memastikan rasa koko yang jelas dan tidak terlalu pahit. Ia terhasil daripada resepi bisnes FBN Bakery sendiri bukan daripada tepung premix yang ada dipasaran.

Rasanya Memukau Sehingga Ada Repeat Order 10 Pek!

Bagi mereka yang sudah mendapatkan Tepung kek ini, ada yang membuat tempahan 10 pek
kerana keluarganya sangat sukakannya. Ada juga terus menjadi agen jualan tepung ini.

Jika anda nak rasa Kek Coklat Yang Betul-Betul Sedap, Rasa dulu Tepung Kek FBN ini. Anda boleh dapatkannya di


Berapa berat tepung kek ini? Berat minimum adalah 350g dan boleh menghasilkan kek 9 inci seberat lebih 700g dan kek siap dengan topping hampir 1kg.

Harga? RM10 je! 

Jauh lebih murah daripada harga sekotak rokok yang kini berharga RM16. Malah ia mengeyangkan seisi keluarga.

Rasa dulu sepaket dua, anda akan dapat bezakannya dengan tepung kek lain yang ada di pasaran.


Isnin, 10 Ogos 2015

3 Strategi Penting Komunikasi

Sumber: Irfan Khairi 


Untuk menjadi seorang pemimpin dalam perniagaan, keluarga atau tempat kerja, pastinya komunikasi adalah amat penting. Ianya mustahil menjadi seorang pemimpin tanpa kebolehan berkomunikasi dengan baik.


Masalahnya, ramai antara kita agak lemah dalam bidang komunikasi. Termasuk diri saya sendiri satu ketika dulu. Sebab itulah saya mulakan perniagaan Internet- sebab takut hendak berhadapan dengan orang, malu nak berjumpa pelanggan, tak berani membuat jualan bersemuka, dan banyak lagi alasan-alasan.


Berikut adalah 3 strategi komunikasi berkesan:


1. Dengar dan bukan hanya bercakap
Ramai yang berfikir, seorang yang hebat dalam komunikasi adalah seorang yang banyak bercakap. Ianya sememangnya tidak benar sama sekali. 


Untuk mencapai komunikasi berkesan, seseorang itu perlu banyak mendengar dan memberi respon terbaik. Fikirkan satu dialog dan bukan monolog. Komunikasi berkesan adalah apabila terdapatnya fahaman dua hala di mana kedua-dua pihak capai matlamat yang diinginkan, dan bukan hanya sebelah pihak sahaja.

Orang lain tidak akan mengambil endah apa yang kita ingin katakan selagi mereka tidak yakin dan tidak fikirkan kita mengambil berat tentang mereka. Komunikasi bukanlah dengan hanya bercakap mengenai diri kita sendiri, tetapi juga untuk kita sebagai komunikator yang efektif untuk memahami dan mengenali audien untuk memberi respon yang terbaik yang diinginkan.


Oleh itu, berhenti bercakap, tetapi dengar apa yang orang lain inginkan.


2. Permudahkan bahasa dan penyampaian

Pernah atau tidak anda mengalami satu situasi di mana anda menyampaikan maklumat kepada seseorang untuk disampaikan kepada orang yang lain. Tetapi, maklumat yang diterima oleh orang lain tersebut lain pula daripada apa yang anda ingin sampaikan?


Senario ini sering terjadi oleh kerana apa yang diterima oleh penyampai tersebut adalah berbeza seperti mana yang dirinya faham- tidak seperti apa yang anda faham dan ingin sampaikan. Mungkin bukan salah penyampai tersebut menyampaikan maklumat yang tidak tepat. Tetapi, silap diri sendiri dalam berkomunikasi dengan tidak berkesan dan menyukarkan.


Permudahkan bahasa dan penyampaian. Lebih mudah bahasa dan cara yang disampaikan, lebih mudah sesuatu mesej itu diterima. Tidak perlu menggunakan ayat atau perkataan yang hebat dan canggih sekadar mahu menunjuk bahawa kita pandai berkomunikasi menggunakan perkataan tersebut.


3. Komunikasi bukan hanya di mulut

Komunikasi bukan hanya di mulut sahaja, tetapi juga dengan bahasa badan (body language). Bercakap ketika menyilangkan tangan adalah umpama defensif. Bercakap ketika mata berkeliaran di tempat lain umpama menyorok sesuatu. Bercakap dnegan terlalu banyak "ermm", "aaa" umpama tidak berkeyakinan pula.


Perlu ingat bahawa untuk berjaya, komunikasi adalah amat penting. Tidak perlu menjadi pakar komunikasi, tetapi, memadai tahu serba sedikit asas komunikasi supaya dapat memberi kelebihan kepada diri sendiri. Bermula dengan asas, kemudian pastinya ia dapat memberi keyakinan kepada diri.


Selasa, 21 Julai 2015

Komunikasi



Komunikasi adalah segala-galanya di dalam cinta.
Tanpa komunikasi cinta tidak akan dapat termeterai.
Tanpa komunikasi, rindu tidak akan dapat diubati.
Tanpa komunikasi kasih sayang tidak dapat diberi dan dirasa.
Tanpa komunikasi jiwa sentiasa resah gelisah.
Tanpa komunikasi jiwa menjadi sepi.
Tanpa komunikasi tidak akan wujud rasa cinta.
Tanpa komunikasi, tidak akan ada perkongsian suka dan duka.
Tanpa komunikasi, cinta bertepuk sebelah tangan.

Dengan Komunikasi datangnya Cinta.
Dengan cinta datangnya keasyikan.
Dengan keasyikan datangnya keikhlasan.
Dengan keikhlasan datangnya keyakinan.
Dengan keyakinan datangnya kekuatan.
Dengan kekuatan datangnya semangat.

Komunikasilah dengan Allah apa yang difikirkan.
Komunikasilah dengan Allah apa yang dilihat.
Komunikasilah dengan Allah apa yang didengar.
Komunikasilah dengan Allah apa yang dilakukan.
Komunikasi itu cinta.

Cintakan Allah adalah cinta paling Agung.
Ya Allah, aku ingin sentiasa berkomunikasi dengan diriMu ya Allah.
Aku ingin ceritakan segala-galanya dengan dirimu ya Allah.
Agar wujud rasa cinta kepadaMu dalam jiwaku ya Allah.



Sabtu, 6 Jun 2015

Tip Gembira Selalu

Apabila kita rasa gembira, pada suatu masa dan  kita berkata, "Saya sangat gembira."

Katakan dengan kerap kali, beratus kali sehari jika anda nak. Sentiasa mengatakan ayat ini, tapi mungkin katakan dengan nada perlahan....Sebut satu-satu perkataan dengan jelas ...SAYA SANGAT GEMBIRA....

Rasakan dengan penuh bermakna ketika anda menyebutnya satu persatu. Bayangkan kegembiraan itu. Bina perasaan itu pada setiap hari anda. Anda akan rasa bertambah baik dan lebih baik...

Rasakan kegembiraan dalam diri anda lebih daripada luaran anda dan anda akan mengubah luaran anda dengan pantas.

Kegembiraan akan menarik kegembiraan.

Isnin, 11 Mei 2015

Nak Bisnes Frozen Chicken Chop?



Nak buat bisnes frozen Chicken Chop / Lamb Chop tapi freezer tak cukup besar? Modal pun tak besar? Tak mahu simpan stok banyak-banyak?

Anda yang kami cari.. Anda masih lagi berpeluang untuk buat bisnes frozen Chicken Chop / Lamb Chop walaupun ada punya masalah seperti di atas.

Berminat? 

Jom Berbisnes!!







Khamis, 30 April 2015

Rabu, 15 April 2015

10 JENIS UBAT DARI LIMAU KASTURI


1 . ubat batuk
limau+kicap+garam = minum setiap pagi and malam …batuk akan beransur pulih

2 . ubat demam
Petiklah 2-4 genggam daun limau nipis. Rebus dengan 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air rebusan ini untuk menuam pesakit yang demam. Caranya dengan membasuh kain pada air rebusan dan diperas, lalu ditempelkan pada dahi pesakit.

3. ubat ketiak
Siapkan limau nipis yang dicampur kapur sirih. Setelah mandi, sapukan campuran ini pada ketiak dan biarkan beberapa waktu sebelum dibasuh. Lakukan pagi dan petang.

4 . ubat pening kepala
Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya. Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga cecairnya keluar. Pastikan anda menghalakan cecair tu ke arah hidung semasa ia terpancut.

5 . ubat lelah
Ambil sesudu madu. Kalau boleh madu asli. Kemudian, campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi.Minumlah campuran madu dan jus limau kasturi tadi.Anda boleh meminumnya pada bila-bila masa walaupun ketika tak mengalamilelah. Tapi cukuplah anda mengamalkan cara ini seminggu sekali.

6 . ubat kurus
Perahan limau nipis yang dicampur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu teh panas suam, kesannya lebih cepat. Amalkan meminum air ini dan insya-Allah perut anda yang buncit akan menjadi kempis dan kemas semula.

7 . ubat kelemumur
Biasakan mencuci rambut dengan beberapa helai daun rambutan yang diramas bersama setengah cawan air hingga mengeluarkan lendir. Kemudian bancuh sebati lendir daun rambutan bersama dua cawan santan dan sebiji air limau nipis. Lumur pada seluruh kepala dan balut menggunakan tuala lembap. Biar sebentar sebelum dibilas bersih, Lakukan seminggu sekali.

8 . ubat hilang minyak pada baju
Perahkan sebiji limau kasturi ke dalam piring.Campurkan perahan limau kasturi tadi dengan sedikit garam.Kemudian, gosokkan campuran di atas pada bahagian pakaian yang terkena minyak.Lepas dah gosok, biarkannya selama 5 hingga 10 minit. Kesan minyak tu akan hilang nanti.Akhir sekali, barulah anda basuh pakaian tadi bersama dengan pakaian lain macam biasa.

9 . ubat wangi rambut
Ambil beberapa biji limau nipis & hiris2kan. Kemudian gosokkan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit, kemudian barulah cuci hingga bersih. Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening & menyejukkan kepala.

10 . ubat kilatkan cermin mata
Cermin mata selalu kabur warna kerana terkena peluh disekitar mata atau hidung. Cuba petua ini bagi mengatasi cermin mata anda jelas lebih lama. Cuci & gosokkan sedikit limau pada kacanya. Bilas bersih2 kemudian lap dgn kain bersih atau tisu. Hasilnya cermin mata lebih kuat & jelas lebih lama



Jumaat, 10 April 2015

Kisah Di Pasar Minggu

Pagi itu pagi minggu.

Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku.

Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk.Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya.

Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya.

Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Jawa. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap Jawa. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai.


Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai dengan menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati. Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.



haha..korang buat kesimpulan diri lah ye ......






Khamis, 2 April 2015

Bisnes Bakeri Di Zaman GST

Bagi mereka yang membuat biskut Almond London dan pelbagai biskut berasaskan badam pasti pening nak tentukan harga. Kos terlampau tinggi! Berapa yang boleh kita jual kepada pelanggan?

Ia akan menjerut peniaga kecil dan sederhana di Malaysia.

Bagaimana mengatasinya? 
  1. Ekjas resepi agar tidak mengunakan terlalu banyak bahan yang berharga mahal.
  2. Tukar kepada bahan yang lebih murah contohnya badam kepada kacang tanah.
  3. Jual dalam kuantiti yang lebih kecil. Contohnya biasanya jual dalam bekas 50 biji, kita boleh jual dalam bekas 30-40 biji.
  4. Beli bahan mentah secara borong. Ia memerlukan modal yang agak besar. Tapi kita boleh kenalpasti bahan yang kita perlukan dalam kuantiti yang besar dan cepat dihabiskan.

Saya jangkakan kuasa beli pengguna juga akan berkurangan selepas ini. Mereka akan lebih
berkira untuk berbelanja dan menjadi produk yang lebih murah.

Bagaimanakah harga bahan mentah di tempat anda?


Bagi mereka yang nak belajar dan mulakan bisnes bakeri. Anda boleh layari:

1. Coklat Buatan Tangan - www.buatcoklat.com
2. Cupcake/Kek Cawan - www.buatcupcake.com
3. Kek Coklat - www.kekcoklat.com
4. Biskut Bajet - www.buatbiskut.com
5. Biskut Drop/Penyet - www.biskutpenyet.com
6. Tart - www.buattart.com
7. Muruku - www.buatmaruku.com
8. Muffin - www.buatmuffin.com
9. Kek Kukus - www.buatkekkukus.com
10. Kek Cheese - www.kekcheese.com

Rabu, 25 Februari 2015

exponential income - bukan setakat pasif aje....

Ada jenis pendapatan yang bergerak naik secara exponential, bukan setakat mendatar atau pasif.

Maksudnya, pada permulaannya, bila diusahakan, jumlah pendapatan yang diterima adalah amat sedikit dan nampak seperti tidak berbaloi sahaja.

Pada masa ini, ramai yang patah hati dan tak mahu teruskan usaha lagi.

Mereka sangkakan jumlah sedikit ini akan berterusan selamanya, tidak mengetahui bahawa apa yang mereka perlukan adalah kesabaran dan semangat yang kental.

Dan bila tiba masanya...

Dengan berkat kesabaran, usaha berterusan dan semangat yang kental...

Pendapatan sebegini naik menggila, sudah seperti tidak masuk akal namanya.

Tak ada lagi yang boleh menghentikan pendapatan ini. Ianya seperti ada nyawanya sendiri dan mahu menjadi gergasi buas dan terus mengganas.

Itulah yang berlaku kepada pendapatan sifu Mazelan Abas di dalam bisnes Tone Excel.

Ianya ambil masa 1 tahun 8 bulan untuk beliau membina pendapatan RM5,000 setiap bulan, naik sedikit demi sedikit sahaja daripada RM60 ke RM500 ke RM1,000 perlahan-lahan...

Tetapi ianya cuma ambil masa 10 bulan sahaja untuk naik daripada RM30,000 (April 2013) kepada RM200,000 (Dec 2013) setiap bulan...

...dan dengar di sini...

Cuma 6 bulan sahaja untuk pendapatan ini naik daripada RM200,000 kepada RM500,000 setiap bulan.

Untuk ke RM1 juta pula berapa bulan?

Saya pasti ianya lebih pantas daripada 6 bulan.

Gilakah... apakah?

Penantian sebegini amat berbaloi sekali, wahai kawanku!

Itulah juga yang sedang berlaku kepada beberapa lagi leader Tone Excel yang lain.

Mereka faham bisnes ini dan mereka istiqamah melakukannya dengan sabar.

Satu hari nanti, anda pun akan alaminya bila anda faham konsep pendapatan exponential ini.

Fuh! Wujudkah pendapatan sebegini?

PASTINYA wujud... cuma ianya tidak pernah diceritakan di sekolah kita dahulu sahaja.

Dan yang menariknya, anda sendiri boleh cipta pendapatan sebegini bermula hari ini.


Kini saya sampaikan berita baik untuk anda "take control" kewangan anda.

Biarlah jangan ada lagi ragu-ragu... kerana pendapatan exponential gila-gila ini memang wujud.

PS. jom cipta saluran pendapatan exponential sebegini melalui Tone Excel!



Khamis, 19 Februari 2015

BELIEVE IT OR NOT





  1. Ikan parang tidak boleh digunakan untuk menebang pokok.
  2. Walau maju macam mana sekali pun Pekan di Pahang tetap akan disebut Pekan.
  3. Air sebenarnya tidak boleh dicincang tetapi boleh ditarik,contohnya teh tarik.
  4. Satu2 benda tidak hidup dan tidak bernyawa tapi boleh melahirkan adalah surat beranak.
  5. Sumbu yg ada pada badak sumbu tidak boleh dicucuh dan menyala.
  6. Kawasan yang mempunyai ibu tunggal yang boleh di percayai adalah di Janda Baik.
  7. Tempat tertinggi di Malaysia bukannya di Gunung Kinabalu tetapi Kota Tinggi di Johor.
  8. Burung tukang tidak boleh di harap untuk membuat rumah.
  9. Selipar adalah panggilan yang betul sekiranya objek tersebut memiliki kedua-dua belah kiri dan kanan,penggunaan istilah Dualipar adalah salah dan tidak dibenarkan dalam Kamus Dewan.
  10. Kakaktua tidak tahu yg dia sebenarnya saudara yg lebih tua dari adik2nya.
  11. Kastam belum lagi menggunakan anjing laut untuk menghidu dan mengesan dadah.
  12. Tempat paling kecil di Malaysia ialah Setapak.
  13. Kuda laut tidak boleh berlumba.
  14. Walaupun licin tetapi penduduk di Lumut tidak jatuh ketika berjalan.
  15. Pasir Mas di Kelantan tidak laku jika ada yg membawa ke pajak gadai
Mari baca ini..
Ada 10 perkara yg pasti buat anda ketawa...



Sebab ada 10 perkara yg saya tahu tentang kamu...

1. Kamu pasti sedang baca status ini..
2. Kamu sememangnya manusia..
3. Kamu tidak dapat menyebut huruf ' P' kalau bibir atas dan bibir bawah tidak                              bersentuhan..
4. Kamu baru saja mencubanya..
6. Kamu sedang tersenyum sendirian..
7. Sampai kamu tidak sedar yg no.5 tidak ada di situ..
8. Kamu baru saja cek no.5..ya memang tidak ada di situ..
9. Kamu ketawa sambil tersenyum...

Kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan

  1. Kamu memang malas untuk membaca semua kata "kawan" di atas...
  2. Sampai kamu tidak sedar ada perkataan "kawin" diantaranya..
  3. Kamu terus mencari perkataan "kawin" yg memang sebenarnya tidak ada pun di situ...dgn muka serius sambil berkata "tak ada pun"..
  4. Kamu pasti sedang ketawa dan tersenyum...sebab kamu baru saja TERKENA.. HAHAHAA
Cuba kamu lihat wajah kamu ke cermin sekarang..Wajah kamu kelihatan manis dan berseri sekali...

Apa lagi..

Hantar la pada kawan kamu agar mereka pun boleh ketawa seperti kamu...
MEMBUAT ORG KETAWA ITU JUGAKAN SEBAHAGIAN BERSEDEKAH...


Jumaat, 30 Januari 2015

Jaga keselamatan keluarga anda

Jika ada anak jangan biarkan keluar seorang diri,jangan biarkan keluar pukul 1pagi seorang diri 

  • Jaga keselematan keluaga kita
  • Hati-hati dengan orang yang tidak dikenali
  • Sediakan peralatan kecemasan ketiaka bawa motor
  • jangan keluar seorang diri walaupun anda lelaki
  • Pastikan anda kuci pintu pagar rumah,dan pintu dengan ketat 


KESELAMATAN NYAWA ANDA LEBIH PENTING DARI HARTA ANDA 

Oleh itu ayulah kita sama-sama berdoa supaya kita dilindungi




Sabtu, 17 Januari 2015

Bina Website Pertama Anda dalam Masa 24 Jam!

Mempunyai website sendiri pada masa sekarang tidaklah sesusah 3-4 tahun yang lalu. Sekarang anda boleh jimat sehingga 300% untuk membina satu website - tidak perlu lagi upah orang IT dan mempunyai kemahiran teknikal. 


Bagaimana?

Inilah RAHSIAnya..."Video Pantas - Bina Website/Blog Wordpress Anda Dalam Masa 24 Jam"!




Antara KELEBIHAN-KELEBIHAN "Video Pantas - Bina Website/Blog Wordpress Anda Dalam Masa 24 Jam" ialah:

  • Cepat, Mudah dan Jimat!!
  • Trafik berterusan ke website anda - tanpa perlu melakukan strategi optimasi website.
  • Mudah untuk di edit pada bila-bila masa!
  • Mobile-friendly - website/blog anda boleh dibuka melalui tablet dan smartphone.
  • Dan pelbagai lagi...!!
Tunggu apa lagi? 



Dapatkan "Video Pantas - Bina Website/Blog Wordpress Anda Dalam Masa 24 Jam" pada kadar segera di sini sementara promosi masih ada!!!

cara dapatkan trafik online

Orang sanggup bayar sewa mahal utk dapatkan sewa kedai di KLCC.

Kerana banyak trafik manusia di situ.

Kunci kejayaan bisnes online juga adalah mencari trafik.

Semakin berkualiti dan semakin banyak trafik… semakin mahal.

Antara sumber trafik online yang semua peniaga bisnes online patut tahu adalah:
  • Facebook Advertising
  • Google Adwords
Dua-dua akan dikupas di dalam Bengkel Beginning Online Marketing pada 24 Jan 2014 di Shah Village Hotel, Petaling Jaya.

Masa: 8.30am - 10.30pm.
Harga tiket RM490.

Dalam bengkel ini, anda juga akan belajar:
  • Cara nak pastikan produk kita sentiasa laris
  • Cara nak tukar pelawat yang datang bertandang, menjadi pelanggan berbayar
  • Cara nak kaji pesaing
  • Cara nak menulis copywriting jualan yang berkesan
  • dan banyak lagi...

Sila bawa laptop dan broadband sendiri.
(Tablet/Ipad pun OK)

Info lanjut dan pendaftaran di sini:




Selasa, 6 Januari 2015

Nak produk laris?

Apa yang saya nak beritahu..



Jualan lebih mudah di buat jika sasaran kita lebih tepat.


Pernah tak anda jual barang tapi tiada sambutan dan seolah-olah orang lain tak 'perasan' anda sedang menjual.


Cuba anda atasi masalah di atas dengan tips ini :-


1. Fokus jual kepada kelompok 'Starving Crowd'

Starving crowd' bermaksud golongan yang lapar. Setiap produk, ada manusia yang 'lapar' kan produk tersebut.


2. Berikan tawaran yang sukar di tolak.

Bila anda faham apa yang pelanggan mahu kerja menjual lebih mudah. Tak perlu ayat power.

Kaji apa masalah pelanggan

Bila anda faham masalah pelanggan yang sebenar menyebabkan pelanggan akan 'suka' pada anda. Dan di saat itu, apa yang anda tawarkan pelanggan akan mudah menerima. Tak percaya cubalah sendiri :)


Kaji pelanggan
kenali pelanggan
fahami pelanggan



Pastikan anda kenali pelanggan anda dan kaji apa yang mereka mahu. Ini lah rahasia usahawan online yang wajib anda tahu.



Semoga membantu :)





Khamis, 1 Januari 2015

2014




2014...
Kehadiran mu dinanti penuh debaran...
Kedatangan mu disambut penuh kemeriahan...
Mengharap sinar, harapan dan senyuman...
Namun siapa sangka...
KAU menduga, KAU menguji kami penuh cabaran...

Mac 2014...
Perginya MH370 tanpa berita...
Perginya penuh tanda tanya...
Perginya tanpa meninggalkan secebis jejak...

Feb - Apr 2014...
Empangan kami kering...
Alam tidak sudi memberi kami air...
Catuan air sehingga berbulan-bulan lamanya...
Mengajar kami untuk tidak membazir...

Tidak cukup dengan itu...
Alam seolah-olah memarahi kami...
Jerebu menduga kami...
Seksanya hidup menyedut udara kotor...
Mungkin dari kesilapan kami sendiri...

Julai 2014
Ketika umat Islam menikmati ibadah puasa...
Dan kemeriahan Aidilfitri kian dirasa...
Hati kami bagai direntap...
Perginya MH17 tidak kembali...
Kami terduduk...
Menangisi dan meratapi perginya MH17...
Seolah-olah orang tersayang berada di sana...
Satu persatu KAU bongkarkan...
Kerana hilangnya sifat amanah si dewasa, si anak menjadi mangsa...

Kebocoran soalan UPSR...
Cukup menjatuhkan sifat mulia seorang dewasa...

Disember 2014...
Kami menangisi setiap gambar yang kami tatapi...
Air yang membawa kemusnahan...
Meruntun hati kami...
Namun kami tahu...
Ada ganjaran disebalik air kemusnahan itu...

Kini...
Saudara kami QZ8501 menghilangkan diri...
Membuat kami ternanti...
Membuat kami meratapi kembali MH370 dan MH17...
Betapa KAU sayangkan kami...
KAU hantarkan petandaMU...
KAU hantarkan petunjukMU...
KAU hantarkan ujianMU...
Supaya kami mengigatiMU...
Supaya kami tidak lupakanMU...
Mungkin selama ini telah KAU hantarkan petandaMU kepada kami...

Namun...
Tetap jua kami buta...
Buta dalam menilai cinta agungMU...
Kami alpa kepadaMU...
Kami jauh dariMU...
Kami kejam dengan bumi...
Kami abaikan saudara kami...
Kami pentingkan diri!
Kerana merasai dunia ini hak kami...

2015...
Kembalikanlah sinar, harapan dan senyuman kami...
Bawalah air mata mu 2014...
Pergilah bersama deritamu 2014...
Bersihkanlah kesan hitammu 2014...
Kami pasrah...
Kami redha...
Tuhan...
Terima kasih atas kasih sayangMU...
MH370... Kami masih menantimu...
MH17... Kami harap kamu tenang di sana...
QZ8501...Kembalilah...

Buat mangsa banjir...
Tabahkanlah dirimu... Kuatkanlah hatimu...
Buat semua pengajaranmu, terima kasih 2014... 
Bersamalah kita ambil iktibar atas semua yang berlaku...