Jumaat, 28 Ogos 2015

RAMLY BURGER





Dipetik dari FB Syahril A. Kadir


RAMLY MOKNI (RAMLY BURGER)

Kalau korang tanya aku siapakah antara usahawan Melayu yang aku paling kagumi, jawapan aku adalah Datuk Ramly Mokni yang famous dengan burgernya, RAMLY. Ramly ni 'media shy' sikit sebab itu JARANG SANGAT kita baca kisah-kisah beliau dalam media. Ramly ni asal dari Tanjung Piandang, Perak (dibesarkan di Selangor) dan ada 16 adik beradik!


Segalanya bermula pada tahun 1978 bila negara kecoh isu halal haram daging burger ni sebab kebanyakan burger masa tu diimport dari luar negara, jadi Ramly ambil keputusan buat sendiri burger daging di rumah bersama isterinya. Dengan modal RM2,000, mereka buat sendiri burger daging secara manual (tanpa mesin) di flat Jalan Haji Hussein, Kampung Baru. Mula-mulanya tak dapat sambutan sebab orang Melayu tak banyak makan burger, tapi perlahan-lahan Ramly buka banyak stall burger dekat area Chow Kit dan sejak itu permintaan daging burgernya bertambah.

Akhirnya dari hanya 200 keping daging sehari, mereka mula mendapat tempahan sehingga 3,000 keping sehari. Tahun 1980 mereka mula buka syarikat dan hanya empat tahun kemudian, mereka telah berjaya buka kilang di Bandar Tun Razak dengan menghasilkan kira-kira 10,000 keping sehari!

Cabaran Ramly paling besar masa tu sebab MARA tolak permohonan pinjaman mereka dengan alasan orang Malaysia tak ramai makan burger, tetapi Bank Pembangunan pula yang luluskan permohonan mereka. Lepas tu timbul fitnah pula burgernya tidak halal hingga beliau terpaksa buat report polis. Kemudian ada pula yang fitnah kononnya mereka dah jual bisnes kat orang lain. Semua fitnah tu buat beliau dan keluarganya lebih tabah dan berusaha membuktikan mereka bukan seperti mana yang difitnahkan.

Dan sekarang jualan tahunan mereka dah cecah RM1 billion, daging saja mereka guna hampir 1.5 tan sehari untuk menghasilkan pelbagai jenis burger, pergh! Kini, jenama Ramly bukan lagi sekadar mengeluarkan daging burger, malah sosej, nuget, bebola daging, daging kisar, sos cili dan banyak lagi turut dihasilkannya.

Steady Datuk Ramly, salute! Ini baru champion!







Watch NFL, NBA, MLB and many more live sporting events from anywhere in the world. Save 25%

Kek Coklat Kurang Manis Menambat Selera

Bagi mereka yang pernah makan kek coklat, rasa manis menyebabkan ramai orang cuba mengelaknya. Jadi FBN Bakery hasilkan tepung kek yang kurang manis dan lembut. Rasa manisnya datang daripada topping.

FBN Bakery juga mengunakan serbuk koko Gred A bagi memastikan rasa koko yang jelas dan tidak terlalu pahit. Ia terhasil daripada resepi bisnes FBN Bakery sendiri bukan daripada tepung premix yang ada dipasaran.

Rasanya Memukau Sehingga Ada Repeat Order 10 Pek!

Bagi mereka yang sudah mendapatkan Tepung kek ini, ada yang membuat tempahan 10 pek
kerana keluarganya sangat sukakannya. Ada juga terus menjadi agen jualan tepung ini.

Jika anda nak rasa Kek Coklat Yang Betul-Betul Sedap, Rasa dulu Tepung Kek FBN ini. Anda boleh dapatkannya di


Berapa berat tepung kek ini? Berat minimum adalah 350g dan boleh menghasilkan kek 9 inci seberat lebih 700g dan kek siap dengan topping hampir 1kg.

Harga? RM10 je! 

Jauh lebih murah daripada harga sekotak rokok yang kini berharga RM16. Malah ia mengeyangkan seisi keluarga.

Rasa dulu sepaket dua, anda akan dapat bezakannya dengan tepung kek lain yang ada di pasaran.


Isnin, 10 Ogos 2015

3 Strategi Penting Komunikasi

Sumber: Irfan Khairi 


Untuk menjadi seorang pemimpin dalam perniagaan, keluarga atau tempat kerja, pastinya komunikasi adalah amat penting. Ianya mustahil menjadi seorang pemimpin tanpa kebolehan berkomunikasi dengan baik.


Masalahnya, ramai antara kita agak lemah dalam bidang komunikasi. Termasuk diri saya sendiri satu ketika dulu. Sebab itulah saya mulakan perniagaan Internet- sebab takut hendak berhadapan dengan orang, malu nak berjumpa pelanggan, tak berani membuat jualan bersemuka, dan banyak lagi alasan-alasan.


Berikut adalah 3 strategi komunikasi berkesan:


1. Dengar dan bukan hanya bercakap
Ramai yang berfikir, seorang yang hebat dalam komunikasi adalah seorang yang banyak bercakap. Ianya sememangnya tidak benar sama sekali. 


Untuk mencapai komunikasi berkesan, seseorang itu perlu banyak mendengar dan memberi respon terbaik. Fikirkan satu dialog dan bukan monolog. Komunikasi berkesan adalah apabila terdapatnya fahaman dua hala di mana kedua-dua pihak capai matlamat yang diinginkan, dan bukan hanya sebelah pihak sahaja.

Orang lain tidak akan mengambil endah apa yang kita ingin katakan selagi mereka tidak yakin dan tidak fikirkan kita mengambil berat tentang mereka. Komunikasi bukanlah dengan hanya bercakap mengenai diri kita sendiri, tetapi juga untuk kita sebagai komunikator yang efektif untuk memahami dan mengenali audien untuk memberi respon yang terbaik yang diinginkan.


Oleh itu, berhenti bercakap, tetapi dengar apa yang orang lain inginkan.


2. Permudahkan bahasa dan penyampaian

Pernah atau tidak anda mengalami satu situasi di mana anda menyampaikan maklumat kepada seseorang untuk disampaikan kepada orang yang lain. Tetapi, maklumat yang diterima oleh orang lain tersebut lain pula daripada apa yang anda ingin sampaikan?


Senario ini sering terjadi oleh kerana apa yang diterima oleh penyampai tersebut adalah berbeza seperti mana yang dirinya faham- tidak seperti apa yang anda faham dan ingin sampaikan. Mungkin bukan salah penyampai tersebut menyampaikan maklumat yang tidak tepat. Tetapi, silap diri sendiri dalam berkomunikasi dengan tidak berkesan dan menyukarkan.


Permudahkan bahasa dan penyampaian. Lebih mudah bahasa dan cara yang disampaikan, lebih mudah sesuatu mesej itu diterima. Tidak perlu menggunakan ayat atau perkataan yang hebat dan canggih sekadar mahu menunjuk bahawa kita pandai berkomunikasi menggunakan perkataan tersebut.


3. Komunikasi bukan hanya di mulut

Komunikasi bukan hanya di mulut sahaja, tetapi juga dengan bahasa badan (body language). Bercakap ketika menyilangkan tangan adalah umpama defensif. Bercakap ketika mata berkeliaran di tempat lain umpama menyorok sesuatu. Bercakap dnegan terlalu banyak "ermm", "aaa" umpama tidak berkeyakinan pula.


Perlu ingat bahawa untuk berjaya, komunikasi adalah amat penting. Tidak perlu menjadi pakar komunikasi, tetapi, memadai tahu serba sedikit asas komunikasi supaya dapat memberi kelebihan kepada diri sendiri. Bermula dengan asas, kemudian pastinya ia dapat memberi keyakinan kepada diri.