Ahad, 10 April 2016

Bagaimana nak tahu produk kita boleh jual ?




Anda kena buat test market dulu.

Cara mudah untuk test market di Facebook ialah, anda hanya perlu letakkan  gambar produk anda. 

Kemudian rangka ayat promosi yang TAK MENAMPAKKAN sangat anda menjual.

(ayat kelihatan lebih kepada survey).


kemudian postkan di wall fb dan group. 

Contoh ayat yang TAK MENJUAL: 



" Salam sahabat ku sekalian, saya nak tanya, saya nak beli produk nih, tapi kalau beli banyak dapat murah. 

Ada siapa yang nak beli dengan saya tak ? " 

Lihat berapa ramai orang respon dan berminat.

Jika dapat banyak respon dalam masa 24-48 jam maksudnya produk tu ada permintaan la tu..


Jadi anda boleh mula cari stok produk/penyedia dropship dan fokus betul2 promosikan produk tersebut.

Kalau anda nak tahu lebih detail lagi bagaimana lakukan test market ini, anda boleh lihat di sini





Dalam panduan tersebut, bukan sahaja teknik test market  ditunjukkan dengan detail.

Malahan penulis juga terangkan step-by-step bermula dari teknik mencari produk HOT hinggalah teknik hasilkan jualan. 


Insyaallah, ianya akan BANYAK MEMBANTU anda.


Lihat gambar di bawah : 








Kalau berminat saya syorkan pada anda untuk dapatkan PROSPYFB.

Khamis, 21 Januari 2016

Rezeki, Harta dan Kekayaan




Meskipun rezeki ada bermacam-macam bentuknya, tetapi rezeki kerap diertikan sebagai harta atau kekayaan.

Orang yang kaya, banyak harta, diertikan sebagai orang yang dikurnia rezeki yang banyak. Harta memang paling menonjol di antara bentuk-bentuk rezeki lainnya.


Harta atau kekayaan dalam Islam disebut al-Mal. Ia menjadi pokok pangkal segala kebaikan dan kebajikan, Walaupun ia juga boleh menjadi pokok pangkal bagi segala kejahatan, kemaksiatan dan kehinaan.

Dengan harta, orang mendapat kemuliaan dan mendapat melakukan hal-hal yang mulia: berbuat ihsan(kebaikan), memberikan pertolongan dan menghulurkan bantuan, mencapai, mencapai hajat dan keperluan, meringankan
penderitaan dan kesulitan orang sekeliling. Bahkan ia dapat meringankan penderitaan dan kesulitan makhluk yang lain selain manusia.


Dengan harta orang dapat berbuat hal-hal terpuji, seperti menyantuni orang lemah dan fakir miskin, melindungi anak yatim, mendirikan sekolah, membina pusat asuhan anak yatim, dan sebagainya. Bahkan dengannya, orang dapat berbuat kebajikan di bidang ekonomi; mempermudahkan hubungan dan melancarkan  pengangkutan serta bermacam-macam usaha yang mendatangkan  kemuliaan dan kemakmuran.


Akan tetapi sebaliknya, dengan harta pula orang dapat berlaku boros dan gila kemewahan yang berlebihan dan bukan pada tempatnya, orang dapat berlaku sombong dan ujub, bakhil, rakus, keji, kejam dan berbagai lagi yang membawa seseorang ke dalam jurang kebinasaan, kemiskinan dan kehinaan.


Orang yang berakal, berusaha mencari rezeki harta untuk dipergunakan pada usaha-usaha seperti di atas; berusaha mendidik dirinya dengan adab dan akhlak terpuji, yang melengkapinya dengan ilmu pengetahuan.


Semoga kita semua berusaha mendapatkan harta untuk kebaikan dan dapat memanfaatkannya di jalan yang diredhai Allah SWT.


Inshaa Allah.



Rabu, 20 Januari 2016

Kes menyamar staff maxis






Cerita semalam .... 



Semalam ... dalam pukul 5 petang ... aku dapat panggilan telefon dari maxis ...

Nak jadikan cerita ... kononnya maxis menyambut ulangtahun di KL ... so aku dapat cabutan bertuah ... dan dia nak bagi aku 7k ....

Cerita punya cerita .. dia nak no akaun aku dan nama penuh aku... jadi .. bila aku teliti slang dia .. dia bukan rakyat malaysia ... ... trus aku cakap tak nak ... tup2 .. trus dia letak phone ...

Aku bukan mudah tertipu ... lagipun ...pihak maxis selalu antar surat cinta kat aku... buat apa diorg nak call aku ... klu aku x puas hati ... aku pergi trus maxis centre

Nak pendekkan cerita ... aku malas nak layan org penipu nie ... kononnya dr pihak maxis ...ceh ... pigidah ... 

Ahad, 10 Januari 2016

Bacakan buku kepada anak?





Tips untuk besarkan anak jadi pandai adalah...

Bacakan buku pd mereka, walaupun mereka belum faham.

Ia akan cepatkan pemahaman 'bahasa' pada mereka.

Dan biasanya, ia akan membentuk minat membaca bila mereka lebih besar.

Membaca syarat utama menjadi anak yang pandai.

Semoga membantu.













Sabtu, 9 Januari 2016

FAKTA: Orang Malaysia Kurang ______________ 2016!




Anda rasa Fakta? atau Auta?

Iya orang Malaysia kurang membeli sekarang sahaja, malah dari 2014..

Itulah yang saya dengar dari dulu..

Betul ke?

Kalau kurang membeli, kenapa hutang kad kredit di Malaysia makin bertambah tinggi tiap tahun?

Apa maknanya?

Maknanya kuasa membeli mungkin kurang sedikit TAPI mereka diluar sana TETAP MEMBELI..

cuma
mereka lebih memilih..
mereka lebih bijak..
mereka lebih mengkaji..

Jadi TUGAS anda untuk sampai kepada mereka di saat yang TEPAT..di tempat yang TEPAT..

Macamana?

  • Hadir waktu mereka ingin membeli, jangan keluar di keyword kajian..keluar di keyword membeli. 
  • Keyword yang glamour mahal! so what?? keyword tu mahal mesti ada sebab antaranya mungkin keyword itu memang menjual. TAPI mestilah kaji dulu keyword tersebut. Jangan main guna membaby buta sahaja.
  • Dulu selepas 1 kajian, mereka terus beli. Kini selepas 2-3 kajian pun mungkin belum beli JIKA web anda tidak menjawab soalan mereka atau TIDAK tepat dengan kehendak mereka.
  • 70% pencari di Google melalui mobile akan terus buat panggilan telefon dari search result yang ada no telefon. Jadi? Masukkan no telefon.
  • 3 Top Paid atau 3 top ranking berbayar (Adwords), mendapat 41% klik dari keseluruhan klik pada page tersebut. KEJAR naikkan ranking setinggi mungkin.

*TIPS: Jangan kejar klik semata-mata, yang penting ialah mereka klik kerana mereka klik pada jawapan yang mereka betul-betul nak sahaja.

Contohnya anda jual produk kurus. Anda guna keyword "tips kuruskan badan" sedangkan dalam web anda tiada 1 tips kuruskan badan pun. Jadi jangan harap nak dapat conversion. Begitu juga kalau guna "ubat kurus"..

Jadi macamana?

Jika nak guna keyword "tips kuruskan badan" pastikan di permulaan web memang ada tips yang dikongsikan.